8 Jun, Kuala Lumpur: Sekumpulan Mahasiswa hadir ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menyerahkan 'Deklasari Hak Asasi Mahasiswa' bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa SeMalaysia hari ini.

Tarikh 8 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa semenjak tahun 2001 bersempena penahanan 7 orang mahasiswa oleh pihak polis pada tarikh berkenaan yang terlibat dengan perhimpunan aman di Masjid Negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Bermula tarikh tersebut mahasiswa mula lantang bersuara berkaitan isu hak asasi serta isu berkaitan demokrasi dan automi mahasiswa.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Shukri Abdul Razab Deklarasi yang diserahkan kepada SUHAKAM hari ini mempunyai pendirian serta tuntutan dari peringkat mahasiswa bagi diperhalusi oleh pihak SUHAKAM.

"Di peringkat mahasiswa kami masih lagi konsisten dengan desakan agar mahasiswa diberi hak serta dilayan dengan baik,"

"Hal ini kerana sejak dua menjak ini kita melihat mahasiswa di beberapa kampus dikenakan tekanan berbentuk tindakan tatatertib bagi membentuk ketakutan dalam diri mahasiswa" ujarnya lagi

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes terbaru yang berlaku di kampus seperti isu penggantungan 6 orang mahasiswa KUIN yang dikenakan hukuman gantung pengajian serta keputusan bersalah yang dikenakan oleh mahkamah universiti
Di UM terhadap 16 mahasiswa akibat berhimpun sewaktu pilihanraya kampus.

Deklasari tersebut antara lain menyentuh mengenai desakan memansuhkan AUKU, tuntutan dilaksanakan Pilihan Raya Umum yang bersih dan adil dan perjuangan rakyat menolak kezaliman.

Turut sama dalam pertemuan tersebut diserahkan memorandum dari mahasiswa berkaitan isu 6 orang mahasiswa KUIN yang telah dikenakan hukuman tatatertib kepada Pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Muhammad Sha'ani B. Abdullah.

Turut sama hadir pada hari ini adalah wakil dari Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) dan Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP).

Posted by SMM 08 June 2011

1 Responses to HARI HAK ASASI MAHASISWA; SMM SERAH DEKLARASI KE SUHAKAM

  1. Unknown Says:
  2. aper lanjutan dr suhakam?

     

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers