KUALA LUMPUR Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba menghalang mahasiswa dari memberi sokongan moral kepada lima tertuduh kes ‘Bini Puaka’ yang keputusannya dijangka diketahui esok.

Pengerusi ProMahasiswa UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat  Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ewal Pelajar yang meminta supaya tidak membawa mahasiswa mendengar keputusan mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tetap dengan pendirian untuk membawa  mahasiswa university itu ke mahkamah kerana berpendapat pentadbiran UPM tidak ada kuasa menghalang mahasiswa daripada mendengar keputusan mahkamah.

“Sebaliknya, kami menyeru mahasiswa supaya beramai-ramai memberi sokongan moral kepada lima tertuduh yang terdiri daripada golongan mahasiswa,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Lima mahasiswa, Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini.

Perbicaraan kes berlangsung sejak 16 Jun lalu kerana didakwa menconteng perkataan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang dikatakan dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa mahasiswa di seluruh kampus supaya mengadakan solat hajat  mendoakan kemenangan kes bagi kelima-lima mahasiswa itu.

Terdahulu, pelbagai gesaan dari golongan mahasiswa untuk berhimpun bagi memberi sokongan moral kepada lima mahasiswa itu.

Posted by SMM 23 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers