Kemenangan Buat Mahasiswa

Hari ini merupakan satu titik sejarah di dalam Gerakan Mahasiswa kini, 5 Mahasiswa UM yang disabitkan kesalahan khianat dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2 hari ini... Selanjutnya→

Auku: Keberanian SMM bagai rempuh Gaza

Keberanian Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut kebebasan bersuara dan akademik daripada kerajaan Umno BN dianggap seperti keberanian 12 sukarelawan Malaysia menuntut kebebasan daripada zionis Israel untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza... Selanjutnya→

Memo Menerjah ke SUHAKAM!!!

Pertubuhan Mahasiswa seluruh Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada SUHAKAM agar hak asasi mahasiswa yang bakal didakwa oleh Mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mendapat perhatian sewajarnya... Selanjutnya→

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 telah berlangsung dengan lancar pada pagi semalam bermula jam 9.30am hingga 5.00pm di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Petaling Jaya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)... Selanjutnya→

Posted by SMM 21 September 2011 2 comments

PUTRAJAYA, 20 Sept: Pro Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional) menuntut kerajaan BN memberi jaminan penubuhan undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengutamakan hak asasi rakyat.

Menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA sebagai tindakan populis bagi menyelamatkan kedudukan parti pemerintah, Pro M Nasional menempelak sikap ego Najib yang enggan mengaku pemansuhan itu hasil perjuangan rakyat.

Pro M Nasional berpandangan tindakan Najib itu lebih kepada menjawab desakan Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang menentang ISA.

Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, Najib seharusnya menggunakan sambutan Hari Malaysia untuk mengutamakan kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan parti.

"Pemansuhan ISA dilihat sebagai perisai BN dalam menepis serangan pembangkang.

"Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sebuah kerajaan menggunakan hari bersejarah demi kepentingan parti sedangkan rakyat menantikan transformasi yang merakyat untuk menaikkan taraf hidup mereka," katanya.

Pro M Nasional sebaliknya mahu kerajaan menjawab segera isu-isu rakyat iaitu taraf hidup, keselamatan, dan isu mahasiswa.

Bagi menyelesaikan isu taraf hidup rakyat, kerajaan digesa melaksanakan akta gaji minima, menyelesaikan kenaikan harga barang termasuk petrol, diesel dan tarif elektrik, mengembalikan hak royalti minyak rakyat Kelantan dan memberikan pendidikan percuma.

Sementara itu, pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang harus dikaji semula.

Tuntut Auku dimansuhkan

Bagi isu mahasiswa pula, Pro M Nasional menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan cas perkhidmatan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Semua tuntutan tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri tengahari tadi.

Memorandum tersebut diterima Setiausaha sulit kepada perdana menteri.

Turut bersama pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Che Abd Razab, jurucakap SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin dan beberapa wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5494-mahasiswa-turut-pertikai-keikhlasan-najib

Posted by SMM 0 comments

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai dan mengotakan janji untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, ujarnya cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah sangat mengejutkan.

“PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan sebelum ini tidak dipandang secara serius oleh kerajaan dan keputusan ini boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu seperti Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.

“Dengan ini, PKPIM mengulangi pendirian membantah dan menolak PPSMI,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, PKPIM menuntut agar pihak kerajaan tidak tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mewakili suara individu dan minoriti yang mahukan dasar PPSMI dikembalikan.

Menurutnya, sudah jelas betapa PPSMI bukan hanya mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran, bahkan mengancam masa depan pelajar dan hala tuju pendidikan Malaysia.

PKPIM, tegasnya komited memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya PKPIM menyokong pandangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang mengkritik dan mempersoalkan kajian yang dilakasanakan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkenaan 50% ibu bapa yang mahukan dasar PPSMI ini diteruskan.

“Dapatan yang diperolehi oleh JMM ini tidak melambangkan hasrat sebenar majoriti rakyat yang menolak dasar ini.

“Hal ini disokong dengan adanya kajian ilmiah oleh pelbagai pihak yang merangkumi seluruh negara mengenai keberkesanan pelaksanaan PPSMI ini,” ujarnya.

Katanya, keputusan dan rumusan kajian yang telah dilaksanakan ini menunjukkan keputusan sebaliknya selepas dasar ini diperkenalkan kerajaan dalam keadaan tergesa-gesa.

PKPIM juga, ujarnya ingin merakamkan kesedihan dan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad, tokoh pejuang bahasa yang konsisten dalam memperjuangkan agar dasar PPSMI ini ditamatkan.

“Mewakili suara generasi muda di Malaysia, PKPIM bertegas bahawa semangat perjuangan Allahyarham dan para cendekiawan dalam memastikan fungsi dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan akan dikembalikan semula pada tempatnya,” katanya.

Posted by SMM 11 September 2011 0 comments

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) hari ini melancarkan Tabung Mahasiswa Untuk Somalia bagi membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran akibat musim kemarau berpanjangan.

Menurut Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Anang @ Talib, bantuan tersebut perlu disegerakan kerana kes kematian rakyat Somalia khususnya kanak-kanak berlaku selain memerlukan keperluan-keperluan lain termasuk bekalan air bersih, rawatan kesihatan dan tempat tinggal yang memadai.

Bagi mencapai matlamat itu, PMIUM dan PMIUPM bersama-sama beberapa kumpulan mahasiswa lagi akan turun ke kawasan-kawasan umum di ibu negara untuk mengutip derma tersebut.

"Kami akan  turun ke kawasan umum antaranya kawasan sekitar hentian bas, teksi dan LRT di sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di Masjid Jamek, Pasar Seni, Kuala Lumpur Sentral, Hentian Puduraya dan begitu juga di kawasan-kawasan kemudahan awam yang lain. Kawasan kampus tidak menjadi tumpuan memandangkan sekarang kebanyakan IPTA masih lagi dalam fasa cuti semester dan akan kembali ke kampus bulan September nanti," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM10,000 dan kutipan akan terus berjalan sepanjang Ramadhan dan dijangka akan diteruskan pada bulan Syawal sehinggalah mencapai sasaran.

"Fokus utama kami di peringkat mahasiswa adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada rakyat Somalia. Kami sasarkan kuitipan akan mencecah RM10 000 dan kutipan ini akan terus berjalan sepanjang Ramadhan ini. Walaubagaimanapun kutipan derma Tabung Mahasiswa Untuk Somalia ini akan diteruskan juga di bulan Syawal nanti dan lainnya sehinggalah mencapai sasaran yang kita letakkan.," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menyambut baik usaha-usaha daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama melancarkan kutipan derma di seluruh negara yang menampakkan sikap cakna dan menunjukkan betapa prihatinnya rakyat Malaysia mengenai isu sejagat ini.

Antara kumpulan yang terlibat dalam usaha ini ialah Pro-Mahasiswa UM dan UPM, Team Elit Muslim dan Briged Putra Nasional.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih dua juta pelarian Somalia yang majoritinya beragama Islam kekurangan zat dan terdedah kepada penyakit berjangkit serta kematian pada Ramadan ini.

Posted by SMM 19 August 2011 1 comments

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.

"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa.

Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?"

Posted by SMM 08 August 2011 1 comments

Petaling Jaya, 8 Ogos - Dato' Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap usaha penganjuran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Beliau yang menghubungi pihak SMM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari ini menyatakan sokongan padunya terhadap program SMM ini. Antara mesej yang disampaikan oleh beliau melalui 'sms' tersebut ialah " Salam. Saya baru membaca blog SMM tentang kempen 'Jom Baca Media Alternatif". Syabas ! Sampaikan salam hormat sy kpd Pak Samad & rakan2. Kebetulannya kolum sy di sinar harian esok brtajuk 'media baru gelanggang aktivisme baru'. Kandungannya ialah : kalau media konvensional + media arus perdana tak guna media baru + baiki kandungannya, maka media baru akan menggantikannya sbg media arus perdana yg baru. Salam perjuangan." 


Beliau turut menyatakan sokongannya melalui jaringan sosial 'facebook' di mana beliau juga mengucapkan tahniah kepada SMM di atas penganjuran program yang dilihat mampu mewakili suara anak muda di negara ini.




Semalam, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan majlis pelancaran Kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dan kempen tersebut telah dirasmikan oleh Sasterawan Negara; Dato' A. Samad Said ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Pak Samad telah menghadiahkan sebuah puisi yang bertajuk 'Kepada Cendekia Solidar' kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seluruh anak muda Malaysia.

Sebelum majlis pelancaran Kempen 'Jom Baca Media Alternatif' itu dijalankan, SMM turut mengadakan siri wacana Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang bertajuk "Lynas : Jangan Nak Untung, Rakyat Tergadai". Di dalam siri wacana tersebut, tiga orang ahli panel yang terdiri daripada wakil NGO Save Malaysia, Aktivis Bukit Merah & Pengerusi SMM sendiri telah menyentuh mengenai kerisauan masyarakat Gebeng, Kuantan terhadap risiko-risiko besar yang bakal dihadapi oleh rakyat apabila kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) Lynas tersebut beroperasi kelak.

Program anjuran SMM semalam turut menarik minat hampir 100 orang yang terdiri daripada mahasiswa daripada sekitar Lembah Klang, NGO & rakan-rakan media.

Posted by SMM 0 comments



Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka.
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya,
Dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja,
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhnya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.


A. Samad Said.
6 - 7 Ogos 2011

Puisi ini dideklamasikan sempena Majlis Pelancaran Kempen 'Jom Baca Media Alternatif' anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada 7 Ogos 2011.




















Posted by SMM 07 August 2011 0 comments

"Sudah tiba waktunya kita adakan regim change.  Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun.  Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu."

Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said (gambar kiri) kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang tadi.  Beliau menyebut, antara hal yang boleh dilakukan oleh anak-anak muda adalah "merubah" - dan "regim change" itu hanya menjadi "mungkin" di tangan-tangan anak muda.

A. Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad mengakui bahawa dirinya "gemar mendengar daripada mereka yang oppose".  "Saya langsung tak gemar dengar mereka yang sokong.  Sokong tu maksudnya, sokong kerajaan."

Kata-katanya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh kira-kira 70 orang hadirin. Pak Samad yang sudah hampir setahun tidak membaca akhbar mainstream, menjelaskan mengapa dirinya memilih media alternatif, "Saya dapat melihat benda-benda yang tidak dapat kita lihat dalam akhbar mainstream."

"Saya mendapati bahawasanya, tanpa media alternatif, akhbar mainstream akan menjadi gangster," dakwa Pak Samad, yang mendakwa gambaran yang dipaparkan dalam media mainstream, hanya "hitam-putih", dengan "Yang memerintah sentiasa betul, yang membangkang, yang tidak memerintah sentiasa salah."

Beliau melihat media alternatif lebih sesuai untuk anak-anak muda, yang akan menjelajah ke ceruk-ceruk untuk memperjelaskan apa yang sedang berlaku kepada rakyat.

Fathi Aris Omar: Media alternatif perlukan sokongan kewangan

Sebelum ini, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah di mana sebarannya lebih terbatas kepada kawasan bandar, sementara penduduk kampung masih bergantung kepada media cetak dan elektronik sebagai sumber maklumat.

Fathi Aris Omar (gambar kiri) juga berkata, media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga yang masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan.  Lebih-lebih lagi, di Malaysia, sebahagian iklan dikaitkan dengan syarikat GLC (Syarikat Kaitan Kerajaan), yang berkepentingan bersama parti pemerintah.  Justeru itu, media alternatif memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan daripada pembaca, sama ada dalam bentuk langganan atau lain-lain.

Sumber : http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12158

Posted by SMM 0 comments


KUALA LUMPUR 7 OGOS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) bermula jam 2 petang tadi.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini.

Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka  kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang  kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Semalam, SMM telah menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu.

Menurut Ahmad Shukri, peserta  yang terlibat telah memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, sambil melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota.

Pelancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ diadakan pada hari ini dengan siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Tambah Ahmad Shukri, Sasterawan Negara, Datuk A Samad turut diberi penghormatan pada majlis tersebut sekali gus ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu.

SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).
 
Sumber :  http://www.tvsnews.net/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapFgag==

Posted by SMM 0 comments



KUALA LUMPUR:  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mengelak untuk menjawab isu tuntutan Bersih 2.0, ketika persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 baru-baru ini.

Ketika ditanya mahasiswa, Najib berkata beliau tidak pernah menawarkan Stadium Merdeka kepada peserta himpunan Bersih 9 Julai lalu, sebalik hanya membenarkan Stadium Shah Alam digunakan.

“Isu lapan tuntutan yang lebih penting. Kemahuan mahasiswa adalah melihat negara demokrasi dan menjalani proses pilihanraya telusk, bukannya isu berhimpun di stadium yang dibangkitkan lagi,” kata Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin kepada Keadilandaily.

“Anak muda kini tahu aliran dan realiti sebenar dan (maklumat)  sudah banyak terdedah di media sosial, malah media alternatif semakin dijadikan panduan,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih ialah pembersihan daftar undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Keengganan kerajaan membenarkan perhimpunan anjuran gabungan itu diadakan di Stadium Merdeka, menyaksikan lebih 1,600 ditangkap dan ratusan lagi cedera, apabila polis bertindak ganas.
Sementara itu, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Iqbal Abdul Wahab pula berkata, jawapan yang diberikan Najib membuktikan sikapnya yang suka berdolak dalik.

Ini kerana katanya, umum mengetahui Najib membenarkan penggunaan sebuah stadium untuk perhimpunan itu diadakan tanpa merujuk kepada mana-mana stadium.
Beliau yang hadir dalam persidangan mahasiswa tersebut menyifatkan Najib sebagai tidak konsisten dengan ucapannya.

“Kami dengar, senyum dan takkan terima bulat-bulat,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Iqbal, beliau yakin mahasiswa kini tidak mudah percaya dan bijak menilai kebenaran. Ini kerana katanya, maklumat yang diterima dan apa  yang dibentangkan kepada mereka, akan dikaji terlebih dahulu.

Posted by SMM 02 August 2011 0 comments

SHAH ALAM 2 OGOS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil pendekatan holistik menganjurkan kempen "Jom Baca Media Alternatif' bagi mengimbangi berita media arus perdana sekaligus menjadikan media tersebut sebagai akses utama maklumat rakyat.

Sekreteriat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata langkah ini diambil bagi mendedahkan kepada rakyat kepentingan mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.

"Satu kita hendak jadikan media alternatif di Malaysia ini sebagai sumber maklumat yang pertama kepada rakyat dan itu yang pertama dan yang kedua kita juga hendak mendedahkan kepada rakyat supaya rakyat boleh lihat realiti Malaysia sekarang,"katanya kepada Tv Selangor.

Shukri berkata kempen tersebut bertemakan 'Baca & Banding' akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada jam 2.00 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur Ahad ini.

Dalam perkembangan yang sama, Shukri berkata rakyat sekarang perlu didedahkan kepada dimensi yang berbeza dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang secukupnya.

"Realiti politik, realiti keadaan Malaysia sekarang dari segi perspektif yang berbeza dan dimensi yang berbeza sebab rakyat sudah banyak melihat daripada media arus perdana, pada TV1. TV3 dan sebagainya, tetapi tidak ramai yang membaca dimensi daripada media alternatif, jadi kita hendak dedahkan perkara ini kepada rakyat,"tambah beliau lagi.

Beliau berkata program tersebut akan diadakan selama dua hari bermula Sabtu 6 Ogos, jam 3.00 petang dengan program pertamanya 'Flash Mob' di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari tersebut, pengedaran risalah serta buah tangan akan diberikan kepada warga kota.

Selain itu, peserta khas kempen berkenaan akan memakai baju yang tertera alamat laman sesawang media alternatif.

Sementara itu , akan diadakan juga wacana berjudul 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas yang turut menjadi isu utama yang diperjuangkan oleh SMM dan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

Untuk makluman lanjut berhubung kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Ahmad Shukri di talian 019-3851902.

Posted by SMM 0 comments

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH)  pada Ahad 7 Ogos ini, bermula jam 2 petang.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu menjurus ke arah untuk Menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat Malaysia.

Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka  kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang  kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Sehubungan  itu, SMM akan menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad Shukri, peserta  berkenaan akan memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota.

Pelancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ diadakan pada hari berikutnya selepas siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas.
Ketika dihubungi, Ahmad Shukri memberitahu Keadilandaily, penghormatan diberikan kepada Sasterawan Negara, Datuk A Samad yang menjadi ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu.

SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).

Sumber : http://www.keadilandaily.com/mahasiswa-lancar-kempen-jom-baca-media-alternatif/

Posted by SMM 0 comments


KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini.

Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.
“Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

“Dalam pelancaran kempen dua hari ini bermula Sabtu kita juga akan mengatur beberapa aktiviti lain bagi menyemarakkan lagi suasana,” katanya sambil menambah kempen itu juga bertemakan Baca dan Banding.
Jelas beliau, pelancaran perasmian akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada Ahad di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

“Pada hari Sabtu (3 petang) kita akan berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana kira-kira 30 hingga 40 mahasiswa akan memakai baju khas kempen yang tertera alamat media alternatif, kita juga akan mengedarkan risalah kempen dan buah kurma kepada orang ramai.

“Sementara itu pada hari Ahad, kita akan buat pelancaran kempen yang akan dilakukan Datuk A Samad Said, beliau juga akan membaca puisi dan kita juga akan mengadakan beberapa gimik pelancaran,” katanya.
Sebelum majlis pelancaran, wacana “Mahasiswa Selamatkan Rakyat” yang akan menyentuh mengenai pembinaan loji nadir bumi Lynis di Gebeng, Kuantan akan turut diadakan.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-gerak-kempen-jom-baca-media-alternatif/

Posted by SMM 0 comments

PETALING JAYA: Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’, anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Ahad ini bertujuan menjadikan media alternatif sebagai akses utama maklumat rakyat di negara ini.


Selain memberi pendedahan, memberi persepsi terbuka dan mendidik rakyat mengutamakan kesahihan berita, kempen yang bertemakan “Baca dan Banding” ini turut memberi peluang kepada mereka melihat realiti Malaysia melalui dimensi yang berbeza.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata program serta kempen bermula hari Sabtu 6 Ogos ini.  Selain edaran risalah turut disertakan buah tangan kepada warga kota pada hari tersebut.

Program pada 6 Ogos (Sabtu) bermula jam 3.00 petang menjurus kepada ‘Flash Mob’ sekitar Kuala Lumpur dengan memakai baju khas kempen yang turut tertera alamat laman sesawang media alternatif.
Kemuncak kempen pada 7 Ogos (Ahad) akan dirasmikan oleh Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula jam 2 petang.
“Beliau (Pak Samad) mengesahkan kehadirannya pada perlancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ Ahad ini.

Perlancaran ini dijangka akan diadakan selepas siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji Lynas yang turut menjadi isu utama diperjuangkan oleh SMM dan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR),” katanya.

SMM merupakan ikatan kerjasama beberapa pertubuhan mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) serta ‘Malaysian Student and Youth Democratic Movement’ (Dema).

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/01/pak-samad-rasmi-kempen-jom-baca-media-alternatif/

Posted by SMM 0 comments

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa akan mengadakan kempen diberi nama 'Jom Baca Media Alternatif'.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, mereka memberitahu usaha itu dibuat bagi menyeru rakyat menjadikan media alternatif di seluruh Malaysia sebagai sumber media yang kukuh dan dekat di hati rakyat.

Dengan tema "baca dan banding", kempen itu mensasarkan beberapa objektif antaranya; menjadikan media alternatif sebagai sumber utama akses maklumat rakyat Malaysia, mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Bagi mencapai matlamat itu, SMM dijangka akan memulakan aktiviti kempen mereka pada hujung minggu ini.

Mereka dijadualkan turuk bertemu masyarakat Kuala Lumpur dengan memakai baju khas kempen yang akan tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia serta akan melakukan edaran risalah serta buah tangan kepada warga kota.

Selain itu, majlis pelancaran kempen itu pula akan diadakan pada jam 2 petang 7 Ogos ini di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Majlis pelancaran itu dijangka akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said.

SMM merupakan gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).

Sumber :http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4652-mahasiswa-kempen-qjom-baca-media-alternatifq

Posted by SMM 0 comments

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghentikan segera projek pembinaan loji Lynas di Gebeng.

SMM yang menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) khusus untuk membawa isu ini menuntut kerajaan agar mempamerkan keseriusan dalam isu Lynas dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding ekonomi dan teknologi.

Pengerusi GMSR, Mohd Ramzulnasri Kamarusaman berkata, pihaknya menyokong penuh pendirian penduduk Gebeng yang menolak loji memproses nadir bumi tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata,hasil kaji selidik yang dibuat dalam Jelajah Mahasiswa di Gebeng pada 25 dan 26 Jun lalu, didapati hampir 99 peratus daripada 400 responden yang ditemui menolak pembinaan loji Lynas di tempat mereka.

"Walaupun pihak Lynas telah memberi penjelasan demi penjelasan berhubung konflik yang berlaku namun mahasiswa berpendirian untuk mendahulukan rakyat kerana keselamatan mereka dan kesihatan mereka merupakan perkara yang sangat penting untuk diambil kira," katanya pada sidang media di hadapan bangunan Maju Junction, dekat sini hari ini.

Selain itu SMM turut menyeru badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar turut sama memberi fokus dalam konflik ini.

"Seperti mana banyak NGO boleh bersatu dalam tuntutan Bersih 2.0 sehingga mampu mencetuskan gelombang perubahan, maka rakyat Gebeng juga perlu diberikan perhatian yang sama," katanya.

Tambahnya, anak muda turut seharusnya turut serta memperjuangkan hak rakyat gebeng untuk mendapat kembali kesejahteraan hidup mereka.

"Bagi mahasiswa adalah tidak keterlaluan jika rakyat memohon untuk sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu ini kerana isu keselamatan tidak kurang pentingnya berbanding isu lain yang melanda negara," katanya.

Sementara itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab berkata, mahasiswa tidak akan berdiam diri selagi kerajaan tidak mendengar rintihan hati rakyat.

"Ini bukan aksi kita yang terakhir,kita akan terus bersuara dan menjalankan program-program penerangan sehingga projek ini dihentikan

"Mahasiswa memang sentiasa berhubung dengan NGO seperti Save Malaysia dan Badar untuk membincangkan perkembangan lanjut," katanya.

Terdahulu, mereka seramai 15 orang menemui orang ramai disekitar bandaraya bagi bagi memberi penerangan berkenaan isu Lynas.

Mereka mengedarkan risalah khas berhubung isu ini dan berkongsi pandangan dengan masyarakat mengenai isu-isu setempat mahupun nasional yang menimpa masyarakat termasuklah isu-isu terkini seperti isu Bersih 2.0 dan penggunaan biometrik dalam pilihan raya akan datang.

Ditanya respons orang ramai berhubung isu yang dijelaskan mereka, Ramzulnasri berkata rata-rata mereka yang ditemui tidak tahu tentang isu Lynas.

"Majoriti orang ramai yang kami temui tadi tidak tahu apa itu Lynas apatah lagi nasib penduduk Gebeng setelah kilang itu dibina.

"Melihat kepada respons mereka tadi,adalah menjadi tanggungjawab kami untuk terus menerangkan isu ini hingga rakyat faham," katanya.

Mereka bergerak daripada stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek ke sekitar Jalan Tun Razak dan pusat membeli belah Sogo.

Ianya merupakan program kedua selepas jelajah ke Gebeng Jun lalu yang menyaksikan Shukri dan seorang lagi anggota GMSR ditahan polis.

Sumber :http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4633-lynas-jangan-nak-untung-rakyat-tergadai

Posted by SMM 0 comments


16 Jun, Kuala Lumpur- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bakal menganjurkan 'Himpunan Mahasiswa Selangor & Pelancaran Bakti Siswa Perdana Negeri Selangor 2011' pada hari Ahad, 19 Jun 2011.

Program tersebut yang merupakan usahasama antara PKPIM dengan kerjasama Yayasan Selangor (YS) dan Kolej Dar Al-Hikmah akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan Konvensyen Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.

Menariknya pada himpunan ini bakal dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menyampaikan ucaptama bertajuk 'Aspirasi Rakyat: Impian & Harapan Mahasiswa' pada jam 11 pagi.

Apa yang menarik pada himpunan kali ini, selain menfokuskan berkaitan keperihatinan kerajaan Selangor terhadap mahasiswa Selangor, turut sama dijemput kepada beberapa front aktivis mahasiswa negara untuk berkongsi idea dan pendapat.

Antara yang dijemput adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Beberapa siri dialog dan persidangan bakal dianjurkan antaranya mengupas tajuk berkaitan 'Menyingkap Tabir Kebangkitan Mahasiswa' oleh YBhg Datuk Idris Jauzi, Mantan Presiden PKPIM dan 'Dokumen Harapan Baru: Aspirasi & Amanah Mahasiswa' oleh YDP MPMUM Saudara Mohd Syahid Zaini yang diganding bersama YDP MPP UITM Saudara Mohd Farid Zuhri Ismail.

Dalam program ini juga bakal oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang bakal menyampaikan puisi pada sebelah pagi.

Di akhir program ini satu majlis penyerahan 'Dokumen Harapan Baru' oleh mahasiswa kepada Tan Sri Khalid Ibrahim bakal diadakan bagi memberi peluang kepada mahasiswa menyampaikan terus pandangan mereka kepada kerajaan negeri.

Posted by SMM 16 June 2011 1 comments



KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

PAS PERLU TEGAS DALAM ISU INSANIAH.

KUIN PERLU MINTA MAAF.

Setelah hampir dua minggu rayuan dikemukakan, 5 orang mahasiswa KUIN yang dikenakan tatatertib belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak pentadbiran KUIN. Hal ini adalah amat tidak beretika kerana pihak Pentadbiran hanya mengambil masa satu hari untuk menjatuhkan hukuman tetapi telah mengambil masa yang lama untuk meneliti rayuan. Perkara ini seolah-olah memperlihatkan sifat acuh tak acuh pentadbiran KUIN terhadap tuntutan mahasiswa yang mahu hukuman digugurkan.

Mahasiswa sudah cukup bertoleransi dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak KUIN. Malah setelah memorandum dihantar ke Pejabat Agung PAS pada 13 mei lalu, Pemuda PAS sendiri memohon masa  agar mahasiswa memberi peluang untuk pihak PAS  menyelesaikan konflik yang berlaku di KUIN.  Namun setelah 2 minggu, isu penindasan terhadap 5 aktivis mahasiswa KUIN masih belum selesai. Suka untuk saya tegaskan kembali premis mahasiswa dalam isu KUIN ini. Hukuman yang dikenakan ke atas 5 orang mahasiswa KUIN adalah amat tidak rasional dan bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara yang dimiliki setiap rakyat Malaysia. Hukuman tersebut juga persis seperti AUKU yang selama ini ditentang hebat oleh banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat sendiri berjanji bahawa AUKU adalah antara akta yang akan dimansuhkan segera sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan Malaysia. Oleh itu, penyelesaian yang mahasiswa harapkan bukan sekadar hukuman diringankan tetapi yang lebih penting ialah segala pertuduhan perlu ditarik balik dan pihak KUIN perlu meminta maaf kepada Mahasiswa kerana melakukan tindakan tanpa pertimbangan yang rasional.

Dalam jawapan Menteri Besar Kedah yang disiarkan oleh Malaysiakini, Dato Seri Ust Azizan seakan-akan tidak memahami prinsip Pakatan Rakyat terhadap AUKU.  Adalah tidak wajar Dato Seri Menteri Besar Kedah meminta mahasiswa akur kepada prosedur yang selama ini ditentang oleh banyak pihak yang memperjuangkan kebebasan. Lebih mengecewakan apabila  5 mahasiswa yang dihukum terpaksa  melakukan rayuan di atas hukuman yang sama sekali membelakangkan prinsip keadilan dan kebebasan. Menteri Besar Kedah seharusnya sedar bahawa beliau memegang mandat Parti untuk mentadbir Kerajaan Negeri berdasarkan prinsip yang telah digariskan oleh parti. Oleh itu tindakan membiarkan AUKU terus menzalimi aktivis mahasiswa adalah tidak seharusnya berlaku di KUIN memandangkan institusi itu dipegang sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah.  Selain itu, kenyataan Dato Seri Ust Azizan yang mengasingkan Presiden PAS dalam isu KUIN juga tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang pemimpin yang bernaung di bawah PAS. Bagi mahasiswa adalah tidak salah untuk Presiden sesebuah Parti menasihatkan para pemimpinnya untuk bertegas terhadap prinsip Parti. AUKU bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh oleh KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah bahkan penentangan terhadap AUKU adalah berdasarkan prinsip PAS dan Pakatan Rakyat yang mendokong idealisme hak dan keadilan.
 
Mahasiswa juga beranggapan bahawa konflik yang berlaku adalah disebabkan kegagalan Pemimpin Tertinggi PAS dalam memberi konsultasi jelas mengenai AUKU terhadap Kerajaan Negeri yang diperintah oleh pemimpin PAS. PAS sepatutnya seawal mungkin perlu memperjelaskan prinsip parti mengenai AUKU kepada Kerajaan Negeri di bawah PAS yang memiliki IPTS agar krisis seperti di KUIN tidak berlaku. Oleh itu, PAS perlu bertanggungjawab dalam menjernihkan semula prinsip yang telah tercemar ekoran penindasan terhadap aktivis mahasiswa KUIN. Mahasiswa boleh menerima konflik KUIN ini sebagai satu kesilapan yang tidak sengajakan, namun mahasiswa tidak boleh menerima sekiranya kesilapan ini cuba disenyapkan dan ditutup tanpa penyelesaian yang transparen. Mahasiswa merasakan PAS perlu mempamerkan ketegasan dalam isu KUIN ini bagi mengelakkan pesimis masyarakat khususnya golongan muda terhadap kekuatan prinsip dan pendirian PAS.

Untuk Isu KUIN ini, SMM telah menghantar tiga memorandum iaitu dua kepada Pakatan Rakyat dan satu kepada Suhakam.  Ketiga-tiga memorandum itu menekankan fokus yang sama iaitu menuntut Rektor Insaniah mengugurkan hukuman ke atas 5 mahasiswa dan mendesak Pihak PAS memberi konsultasi kepada Kerajaan Negeri Kedah mengenai prinsip parti terhadap AUKU. Mahasiswa juga pernah menyatakan untuk membawa isu KUIN ke dalam Muktamar PAS Pusat yang telah berlansung pada 4 dan 5 jun, namun setelah berhubung dengan pihak Pemuda PAS, pihak Pemuda  memohon agar Mahasiswa tidak mengganggu perjalanan Muktamar dan memberi tempoh untuk Menteri Besar Kedah membetulkan keadaan. Walaupun begitu, mahasiswa tetap turun pada 5 jun untuk mengedar risalah penerangan mengenai isu yang berlaku.  

SMM merasakan sudah cukup tempoh masa yang diberikan kepada pihak KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Gerakan Mahasiswa diperingkat nasional akan terus memberi tekanan kepada KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah agar segera memperbetulkan segala kekalutan yang berlaku. Oleh itu, Mahasiswa sekali akan ke Pejabat Agung PAS pada esok hari iaitu 10 jun 2011 bagi menyerahkan memorandum menuntut tindakan tegas PAS terhadap mana-mana pemimpin parti yang melakukan kesalahan membelakangkan prinsip parti.  Dalam memorandum tersebut juga mahasiswa memberi tempoh sehingga hari Isnin (13 Jun) untuk pihak KUIN menyelesaikan konflik yang berlaku dan memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi. Jika isu ini tidak diselesaikan segera, mahasiswa nekad untuk melancarkan desakan yang lebih besar di peringkat nasional.

SMM mengharapkan agar kejadian yang menimpa sahabat KUIN dapat diselesaikan segera oleh pihak Pentadbiran KUIN. Sesungguhnya Gerakan Mahasiswa tidak akan berdiam apabila melihat hak dan kebebasan bersuara yang menjadi milik mutlak setiap rakyat dicabar dan dihalang. Gerakan Mahasiswa boleh membuat tindakan drastik dalam menentang perkara ini seperti mana yang pernah dilakukan terhadap pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini. Kami pernah berdemonstrasi di Putrajaya, kami pernah berbaring di atas jalanraya, kami juga pernah duduk di dalam lokap, dan kami pernah menuntut agar Menteri Pengajian Tinggi meletak jawatan. Semua ini kami lakukan hanya kerana ingin menuntut hak dan kebebasan yang dirampas oleh undang-undang yang zalim. Persoalannya, apakah perlu kami lakukan perkara yang sama terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat?.    


Sekian.

Ahmad Syukri Ab Razab
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Posted by SMM 10 June 2011 0 comments

DEKLARASI HARI HAK ASASI MAHASISWA/I
1. Mansuhkan AUKU
2. Perlaksaan Pilihan Raya Umum yang Bersih dan Adil
3. Mengguling kuasa hegemoni yang zalim, dan merealisasikan pemerintahan sistem parti bersaling ganti
<Pendahuluan>
Pada hari 8 Jun 2001, seramai 200 orang mahasiswa  berkumpul di Masjid Negara mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA dan menyeru pelepasan tahanan ISA tanpa bersyarat. Pihak polis menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan tersebut dan menahankan 7 orang mahasiswa yang terlibat. Akibatnya, 7 orang mahasiswa tersebut telah didakwa ke mahkamah atas kesalahan menyertai perhimpunan haram.
Jadi, 8 Jun  telah dikenali sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa kerana ia merupakan hari pengingatan  terhadap penindasan mahasiswa di Malaysia. Kita perlu  mengingati  peristiwa ini dan meneruskan perjuangan supaya mempertahankan hak asasi mahasiswa  serta menyedarkan mahasiswa/i tentang kepentingan sistem demokrasi sama ada di dalam kampus atau seluruh negara.
Dengan kewujudan ruangan demokrasi dalam kampus , baru dapat memupukkan fikiran terbuka yang lebih matang di kalang Mahasiswa/i. Kami telah banyak melibatkan diri dalam perhimpunan aman seperti himpunan pembantahan ISA , melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang menuntut hak asasi manusia sebegini, kami telah memahami bahawa sistem masyarakat dan dasar kerajaan telah dipergunakan oleh pihak pentadbir untuk menekankan kuasa pembantahan.
Mereka yang terdiri di depan perjuangan adalah daripada pelbagai kaum dan latar belakang, di sinilah kami menyedari bahawa setiap manusia adalah insan saksama.
Pemikiran kami adalah sama, semua orang bersatu untuk nenuntutkan kebenaran.
Universiti jarang mengajar kita supaya berjuang demi kebebasan, kesaksamaan dan demokrasi. Perlu berfikir di luar kotak pendidikan, baru kami dapat memahami makna pendidikan, ini adalah masalah pendidikan Malaysia pada hari ini.
1.0 Mansuhkan AUKU
1.1 Memberi Sokongan Kepada Mangsa AUKU
Perjuangan menuntut  Auku dimansuhkan  telah berlangsung selama 40 tahun, dan kebelangkan ini penggunaan AUKU untuk menindas mahasiswa telah bergiat semula.
Universiti Malaya betapa kali berlaku pengenaan tindakan displin AUKU pada tahun ini. Antaranya, penindasan terhadap Pro-Mahasiswa yang menang dalam piliharaya kampus. Wakil palajar Tan Tiong Yih dan Mastura Abu Bakar telah dipanggil hadir ke prosiding atas sebab yang mustahak dan seterusnya mereka yang mengadakan sesi persidangan juga dikenakan tindakan AUKU.
Kini, tindakan university bertambah zalim. Jika berbanding dengan dulu, mereka mengenakan tindakan displin adalah sekadar untuk menakutkan mahasiswa lain, namun sekarang mereka tidak akan ragu-ragu untuk meneruskan tindakan mereka yang zalim itu walaupun tekanan luar yang diberikan adalah tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemanggilan semula prosiding kes UKM 4 pada 13 June.
1.2       Mengembalikan Kesatuan Mahasiswa
Universiti kini menghilangkan kuasa auntonomi. Di bawah AUKU, pihak pentadbiran university dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi manakala Majlis Perwakilan Pelajar tidak mempunyai hak membuat keputusan. Tambahan lagi pihak pentadbiran yang menuduk kepada kuasa Barisan Nasional telah mencabuli kepentingan ahli akademik dan hak asasi mahasiswa.
Sebelum AUKU diwartakan, pihak pentabiran dan ahli akademik university adalah bebas daripada campur tangan politik kerana terdapat pemisahan kuasa antara pihak pentabiran, dan ahli akademik yang ketara, manakala hal ehwal mahasiswa diurus sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri.Suasana pada masa tersebut adalah bebas dan demokratik, dan mahasiswa telah bersama-sama untuk memperjuangkan hak dan kepetingan peneroka Bandar dan golongan miskin seperti peristiwa Teluk Gong, tanpa mengira bangsa dan agama.
Kami bertegas untuk mengembalikan Kesatuan Mahasiswa, kerana Kesatuan Mahasiswa dapat menyatukan mahasiswa. Suara dan kritikan mahasiswa perlu diperdengarkan oleh kerajaan seperti mana mahasiswa England telah mengadakan bantahan terhadap peningkatan kos yuran dan mahasisa Itali telah membantah terhadap pengurangan subdisi pendidikan pada tahun lepas.
AUKU telah menjadi peralatan untuk kerajaan menyalahgunakuasa.Kerajaan sering mengunakan AUKU untuk menakutkan mahasiswa, yang terbaru sekali adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi telah menghalang mahasiswa daripada menyertai Perhimpunan Bersih 2.0
1.3       Bantahan Polisi Pengkorporatan Universiti
Barisan Nasional mengkorporatkan IPTA dengan melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan oleh AUKU.
Kini, IPTA mengutamakan prestasi, permintaan dan penawaran pasaran. Secara tidak langsungnya, konsep universiti dan pendidikan kemanusiaan semakin menjauhi daripada mahasiswa/i.
Kita harus mengetahui bahawa penggubal dasar pendidikan adalah golongan bourgeois Barisan Nasional. Oleh itu, kapitalisme mengancam ke dalam sistem pendidikan dan telah menghasilkan golongan yang utilitarianisme. Hal ini juga menyebabkan kita tertumpu kepada kejayaan keseorangan, malah merosotkan keupayaan berfikir bebas, berpandangan cetek dan tidak berprihatin terhadap sistem kemasyaratkan selama ini.
Dalam segi pembelajaran, kursus IPTA yang dapat menyumbangkan kepada ekonomi telah diswastakan. Sebagai contoh, Kuala Lumpur Education Park telah bekerjasama dengan USM untuk membuka Ijazah Tinggi Pengurusan. Sesetengah universiti bekerjasama dengan sektor swasta untuk membuka cawangan kampus dengan “sub-kontrak” kursus kepada IPT tersebut.
Universiti menjalankan pelbagai kajian seperti penciptaan ubat baru yang dapat menyumbang kepada masyarakat, tetapi hasil kajian ini tidak dinikmati oleh orang yang memerlukannya. Hakikatnya, hasil kajian ini dipatenkan oleh syarikat, kemudian dijual kepada pasaran. Oleh itu, syarikat sering memberi bantuan kewangan untuk menggalakkan pembukaan universiti penyelidikan. Secara tidak langsungnya, syarikat telah menentukan corak operasi sesebuah universiti.
Selain mahasiswa/i, staf akademik juga menjadi mangsa dalam perkara ini. Mereka tidak lagi membuat kajian tentang ilmu dan pengetahuan kerana tidak digalakkan. Syarikat tidak menggalakkan kajian yang tidak membawa keuntungan dengan tidak memberi cuti penggal dan kos kajian. Oleh itu, staf akademik mementingkan keputusan pembelajaran dan materialistik lebih daripada kajian yang dapat memanfaatkan. Dalam IPTA, staf akademik menghadapi masalah campur tangan dari segi politik dan birokrasi. Hal ini telah menyebabkan suasana akademik tidak lagi wujud dalam kampus.
Oleh itu, langkah-langkah terhadap pemansuhan AUKU harus dilaksanakan dengan segara untuk memulihkan Kesatuan Mahasiswa dan kuasa autonomi university awam.
2.0 Perlaksaan Pilihan Raya Umum yang Bersih dan Adil
Sistem pilihan raya umum yang bersih dan adil merupakan tuntutan yang amat dipentingkan oleh warganegara kerana ia melibatkan hak pemilihan wakil rakyat.
Penyertaan anak-anak muda dalam pilihan raya umum memainkan peranan yang mustahak dalam pembangunan demokrasi. Kami menyeru rakyat yang berlayak berdaftar menjadi pengundi supaya menjalankan tugas yang diwajibkan bagi masa depan negara. Mereka juga diberikan kebebasan dalam penyertaan apa jua kempen atau kumpulan pemantauan pilihan raya umum. Kita harus menyokongkan kempen yang menyeru ketelusan pilihan raya umum supaya menghapuskan taktik helah seperti rasuah, pengundi hantu. Selain itu situasi Malaysia Timur harus mendapatkan keprihatinan terutamanya golongan bumiputera yang tidak dapat berdaftar sebagai pengundi.
3.0       Mengguling kuasa hegemoni yang zalim, dan merealisasikan pemerintahan sistem parti bersaling ganti
Gerakan sivil di Malaysia masih bergelut dengan Kerajaan Barisan Nasional. Isu-isu nasional seperti tanah nadir Lynas yang masihsebelum selesai, timbul pula isu loji kuasa tenaga nuklear, penyelewengan oleh badan penguatkuasaan, isu Interlok dan banyak isu yang masih belum diselesaikan.
Mengapakah isu-isu ini masih berulang? Ini disebabkan sistem demokrasi Malaysia yang masih belum matang. Dominasi oleh parti politik pemerintah, ketidaktelusan dalam dasar-dasar negara, politik wang, memainkan isu-isu perkauman, monopoli dalam media, serta menggunakan sistem pendidikan untuk mendoktrinkan dan memperbodohkan rakyat.
Matlamat panjang perjuangan rakyat adalah menjurus kepada masyarakat yang bebas dan adil, kini semua gerakan sivil menghadapi suatu halangan besar secara bersama, iaitu kuasa hegemoni oleh Barisan Nasional. Perjuangan yang penting pada kini adalah meruntuhkan kuasa politik Barisan Nasional, supaya melengkapan proses demokrasi.
Jika rakyat masih percaya terhadap bohongan manis BN dan menyokongnya, maka semua ini akan terulang seperti jurang kekayaan, penswastaan perkhidmatan asas, penyelewengan kuasa dan dasar kroni. Jangan biarkan menyesal pada masa depan, kerana berasa lemah dan takut untuk melakukan perubahan.
Pilihanraya umum yang akan datang merupakan peluang perubahan yang sangat penting. Biarkan kami menggulingkan kuasa hegemoni BN bersama-sama, supaya mengubah sistem masyarakat yang teruk. Negara ini telah menunggukan perubahan dengan masa yang terlalu panjang.-Pmium
Front mahasiswa:
PMIUM, SMM , DEMA ,PKPIM , MPMN ,PRO MN , PMIUPM , PRO MAHASISWA U

Posted by SMM 09 June 2011 0 comments


8 Jun, Kuala Lumpur: Sekumpulan Mahasiswa hadir ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menyerahkan 'Deklasari Hak Asasi Mahasiswa' bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa SeMalaysia hari ini.

Tarikh 8 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa semenjak tahun 2001 bersempena penahanan 7 orang mahasiswa oleh pihak polis pada tarikh berkenaan yang terlibat dengan perhimpunan aman di Masjid Negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Bermula tarikh tersebut mahasiswa mula lantang bersuara berkaitan isu hak asasi serta isu berkaitan demokrasi dan automi mahasiswa.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Shukri Abdul Razab Deklarasi yang diserahkan kepada SUHAKAM hari ini mempunyai pendirian serta tuntutan dari peringkat mahasiswa bagi diperhalusi oleh pihak SUHAKAM.

"Di peringkat mahasiswa kami masih lagi konsisten dengan desakan agar mahasiswa diberi hak serta dilayan dengan baik,"

"Hal ini kerana sejak dua menjak ini kita melihat mahasiswa di beberapa kampus dikenakan tekanan berbentuk tindakan tatatertib bagi membentuk ketakutan dalam diri mahasiswa" ujarnya lagi

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes terbaru yang berlaku di kampus seperti isu penggantungan 6 orang mahasiswa KUIN yang dikenakan hukuman gantung pengajian serta keputusan bersalah yang dikenakan oleh mahkamah universiti
Di UM terhadap 16 mahasiswa akibat berhimpun sewaktu pilihanraya kampus.

Deklasari tersebut antara lain menyentuh mengenai desakan memansuhkan AUKU, tuntutan dilaksanakan Pilihan Raya Umum yang bersih dan adil dan perjuangan rakyat menolak kezaliman.

Turut sama dalam pertemuan tersebut diserahkan memorandum dari mahasiswa berkaitan isu 6 orang mahasiswa KUIN yang telah dikenakan hukuman tatatertib kepada Pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Muhammad Sha'ani B. Abdullah.

Turut sama hadir pada hari ini adalah wakil dari Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) dan Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP).

Posted by SMM 08 June 2011 1 comments



SHAH ALAM, 30 APRIL: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menganggap tindakan Universiti Malaya menghalang Setiausaha Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SAMM) Izzuddin Hilmi Mohd Zaini daripada menyertai Perhimpunan Pekerja 1 Mei esok sebagai bertentangan dengan perlembagaan negara.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia berhak untuk meraikannya memandangkan ia telah menajdi adat di negara ini kerana mereka adalah golongan yang bakal berdepan atau tergolong sebagai pekerja.

“Amat malang apabila sesebuah institusi pengajian tinggi meletakkan syarat-syarat tertentu yang dikeluarkan dengan tidak membenarkan pihak-pihak tertentu yang tidak membenar dan mengizinkandaripada meraikannya. Ini sebenarnya telah mengkhianati undang-undang perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Beliau menambah, sekiranya berlaku ia merupakan satu tindakan yang biadap dan menunjukkan negara tidak bertamadun dalam melaksanakan sistem demokrasi yang sepatutnya diamalkan.

“Saya melihat daripada sudut keseluruhannya umumnya kalau ini tindakan universiti kepada pelajar mereka sekiranya mereka menyertai hari buruh memberikan isyarat negara kita tidak bertamadun dan amat rendah moralnya di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan  Izzuddindiingatkan supaya tidak menyertai Himpunan Hari Pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu menerusi amaran  oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.

Abdullah menyatakan sekiranya perkara ini terjadi, beliau akan membawa perkara ini ke persidangan Parlimen akan datang dan meminta penjelasan daripada pihak menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini.
“Kalau ini berlaku saya insyaallah akan membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan dalam bentuk meminta penjelasan kepada menteri pendidikan kenapa jadi begini. Dan saya rasa ini satu tindakan untuk menyekat kebebasan pelajar untuk menyuarakan kepada apa yang mereka pelajari selama ini,” katanya.

Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.

Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.
-Sumber TV Selangor

Posted by SMM 01 May 2011 0 comments




SHAH ALAM, 30 APRIL: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Universiti Malaya mengugut untuk menyingkir mana-mana pelajar yang menyertai Himpunan Pekerja esok. Timbalan Naib Cancelor Datuk Rohana Yusof memberi amaran itu kepada Setiausaha SMM, Izzuddin Hilmi Zaini sekiranya beliau menyertai pada Himpunan Pekerja 1Mei esok.


Pengerusi SMM, Ahmad Syukry Abd Razab berpendapat, agenda 1 Mei Hari Pekerja tidak sepatutnya dilihat sebagai satu isu politik sebaliknya sebagai satu usaha untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat.


 “Pendirian kita sebenarnya sebagai pentadbir tinggi beliau tidak sepatutnya memberi amaran sebegitu. Dia sepatutnya mempamerkan satu sikap terbuka terhadap mahasiswa yang sepatutnya selari dengan idealisme di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi yang sekarang ini lebih bersifat terbuka,” kata beliau.


Beliau menegaskan Menteri berkenaan sendiri mahukan “mahasiswa supaya lebih bersikap matang dalam berorganisasi bukan sahaja organisasi dalam kampus tetapi mahasiswa boleh bersama dengan masyarakat.” .


Beliau menambah, SMM tidak mempunyai sebarang masalah menyertai sebarang perhimpunan bersama rakyat. Namun budaya yang diamalkan oleh pihak universiti sendiri menyebabkan potensi anak muda khususnya mahasiswa sejak kebelakangan ini merudum dan merosot, “ kata Ahmad Syukry .


“Ini menggambarkan (seolah-olah) universiti bukan lagi agenda atau tempat untuk proses mematangkan mahasiswa tetapi dia suka menakut-nakutkan dan mengugut mahasiswa sehingga idealisma dan kematangan mahasiswa untuk berorganisasi untuk bersama masyarakat itu terbunuh,” katanya.


Ujar beliau,  agenda Himpunan Pekerja 1 Mei perlu dilihat sebagai peluang  mahasiswa bersama dalam masyarakat dan menyuarakan tuntutan masyarakat kepada pihak kerajaan.
Sementara itu,  Izzuddin  ketika dihubungi,  mengesahkan beliau dipanggil serta diberikan kata dua supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan. Beliau dimaklumkan bahawa sekiranya ditangkap polis,  beliau akan disingkir  daripada UM. Izzudin bertegas untuk menyertai himpunan aman itu kerana beliau terbabit dalam penganjuran majlis itu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.


“Kalau dengan hanya saya terlibat dan di tangkap dan sebab itu saya dibuang dari universiti, itu cara tidak betul. Kalau ditangkap, saya perlu dibawa ke mahkamah yang sah, walaupun mahkamah universiti perlu dibicara, baru boleh ambil tindakan buang atau sebagainya. Mereka tidak boleh langgar cara yang sebenar. Mana boleh kalau belum dibuktikan bersalah terus ambil tindakan,” katanya.


Himpunan pekerja 1 Mei esok akan disertai lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini
-Sumber TV Selangor

Posted by SMM 0 comments

Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.

“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” katanya kepada pelajar UM berkenaan.

Sumber juga mendakwa Izzuddin (atas, baju putih) telah dihubungi oleh Rohana sebelum ini untuk berjumpa dan berbincang sesuatu di pejabatnya.

Setelah berjumpa dengannya, beberapa pertanyaan telah ditujukan kepada mahasiswa tahun akhir itu.

Antaranya tentang pembabitan Izzuddin dalam himpunan 1 Mei nanti dan beberapa soalan lain berkenaan penglibatannya dalam gerakan dan politik luar.

Izzuddin dalam kenyataannya menegaskan beliau berjumpa dengan Rohana atas sebab 'kerelaannya' sendiri setelah dihubungi sebelum ini.

“Saya dinasihati olehnya dan mengeluarkan amaran agar jangan sertai Himpunan Pekerja 1 Mei nanti.

“Saya tanya kalau saya sertai, Datuk jawab...sertai atau kamu akan dibuang universiti,” tambahnya lagi.

NONEJawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.

Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

Selain Izzuddin yang mewakili SMM, turut hadir dalam sidang media sebelum ini ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab.

-Sumber Malaysiakini

Posted by SMM 0 comments

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers