
Saya membantah sekeras-kerasnya pendakwaan 4 orang mahasiswa universiti tersebut memandangkan selaku rakyat Malaysia, mereka berhak mengikuti dan terlibat dalam perkembangan politik serta isu semasa di negara ini, tambahan pula mereka yang didakwa, merupakan penuntut jurusan sains politik di universiti tersebut.
Selaku individu yang layak mengundi, penglibatan mereka juga adalah sah dan diiktiraf oleh Perlembangaan Persekutuan. Ini selaras dengan semangat demokrasi yang menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses pembuatan keputusan dan pilihanraya tanpa membeza-bezakan rakyat berdasarkan umur.
Sehubungan itu, saya menyeru pihak universiti menggugurkan dakwaan ke atas mahasiswa dan menghormati hak mereka untuk berpolitik dan terlibat dalam proses demokratik di negara ini. Oleh itu, saya turut menyeru kerajaan agar memansuhkan AUKU 1974 dan menggubal undang-undang yang dapat melindungi hak dan kepentingan mahsiswa di kampus.
Selaku suara dan nadi masyarakat, peranan mahasiswa sebagai agen perubahan harus diiktiraf dan tidak disekat oleh kerajaan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
0 comments