"Makin berselera saya makan," kata Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan beliau dan empat lagi rakannya.
Mereka - semuanya mahasiswa Universiti Malaysia (UM) menghadapi tuduhan cubaan melakukan khianat dengan api dan pencerobohan jenayah di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) UM pada 24 Jun tahun lalu.

![]() |
Mohd Izzuddin dan empat lagi rakannya - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli - dituduh mengikut Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Dipeluk rakan
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri itu.
Turut kelihatan ialah keluarga lima mahasiswa berkenaan yang nyata gembira dengan keputusan tersebut.
Sementara itu, di luar pintu pagar mahkamah, ibu Ahmad Syahruldeen - yang tiba selepas keputusan itu dibacakan - memeluk erat dan mencium anaknya.
Titisan air mata
Ibunya juga menitiskan air mata dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana anaknya telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Sementara itu, dalam sidang media selepas keputusan itu dibacakan, Shazni Munir bersyukur kerana beliau dan rakan-rakannya dibebaskan dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang datang memberi sokongan.

"Keputusan hari ini membuktikan mereka bukan penjenayah...Kita tidak pernah menyokong penjenayah. Keputusan ini telah melakar satu sejarah (lagi), kepada mahasiswa," katanya.
Selepas kira-kira 10 minit sidang akhbar itu berlangsung, anggota polis datang dan mengarahkan mereka bersurai. Sidang akhbar diganggu
Kedengaran seorang pegawai polis berkata: "Kami dah bagi 10 minit".
Berikutan itu, kumpulan mahasiswa itu bergerak ke arah pintu pagar mahkamah, serta merentang kain rentang menyokong lima mahasiswa berkenaan.
Bagaimanapun polis melarang mereka berbuat demikian dan mengarahkan mereka bersurai.
Ketika itu kelihatan beberapa pemimpin mahasiswa berbincang dengan pihak polis.
Selepas perbincangan itu, setiausaha SMM Mohd Ridzuan Othman mengarahkan mahasiswa bersurai, sambil melaungkan "Bangkit Mahasiswa" dan "Student Power".
Sumber : http://malaysiakini.com/news/143489
0 comments