Keputusan Cabar AUKU

Hari ini Mahasiswa melakar sejarah kembali apabila keberaniaan mahasiswa untuk mencabar AUKU berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun keputusan Mahkamah tidak menyebelahi mahasiswa tetapi penerusan kearah meMANSUHkan AUKU akan tetap menjadi perjuangan mahasiswa.

Berikut adalah Penghakiman Keputusan Mahkamah hari ini oleh Hakim Aziah Ali ;

Seksyen 15 akta itu - yang mana tindakan dikenakan berdasarkannya - tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga membatalkan perintah injuksi sebelum itu yang menghalang UKM daripada mengambil tindakan terhadap mahasiswa terbabit.
Dalam penghakiman setebal 23 muka surat, Aziah berkata larangan yang terkandung dalam Seksyen 15(5)(a) itu bertujuan mencegah kekacauan yang berpotensi berlaku di universiti, yang juga boleh disifatkan sebagai mengganggu ketenteraman awam.
Aziah berkata beliau bersetuju dengan peguam yang mewakili UKM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa larangan yang dikenakan itu adalah penting atau wajar untuk memelihara disiplin pelajar, yang merupakan sebahagian daripada akhlak orang ramai dan yang wajib dipatuhi oleh pelajar.

"Lagipun, larangan itu bukan sesuatu yang mutlak kerana Seksyen 15(4) membenarkan naib canselor memberi pengecualian kepada seseorang pelajar yang memenuhi syarat dan keadaan yang beliau fikirkan wajar, jika ada permohonan,"
Beliau juga bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bahawa semua hal berkaitan disiplin dan tingkah laku pelajar terletak di bawah bidang kuasa universiti tempat mereka belajar dan tidak pernah wujud sebarang tindakan bersifat menindas terhadap mana-mana pelajar.Ashok kemudian memberitahu pemberita, pendengaran penuh injuksi itu akan dilakukan pada 7 Oktober.

AUKU Menghantui Mahasiswa

Keterlibatan Mahasiswa di dalam kancah gerakan nasional dan kampus tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun samada kerajaan atau pembangkang. Mahasiswa perlu bebas di dalam merencana dan menggepalai sesuatu agenda perubahan di dalam negara dan massa.

Mahasiswa adalah tonggak dan tunjang kepada negara pada masa akan datang dan sewajarnyalah mahasiswa tidak diperbudak-budakkan semata-mata ingin mengekang dan menghalang pergerakan mahasiswa. Tetapi keterlibatan mahasiswa di dalam arena nasional dan dalam memberikan pandangan dan pendapat agak tidak disenangi oleh beberapa pihak sehinggakan dicetuskan Akta dan Undang-undang AUKU 1971 yang secara bijaksana dapat mengekang kemaraan golongan mahasiswa di dalam Gerakan Massa.

Namun begitu, tekanan dan halangan yang dilakukan ke atas mahasiswa melalui AUKU ini tidak langsung memberikan kesan keatas gerakan mahasiswa bahkan gerakan mahasiswa terus menjadi perjuangan sejagat buat mahasiswa.
AUKU Tidak Diiktiraf

Sejak awal dilaksanakan AUKU ini, sehinggalah sekarang, mahasiswa tidak pernah mengiktiraf AUKU sebagai peraturan yang perlu diikuti dan ditaati. AUKU diibaratkan oleh mahasiswa sebagai Sebuah Buku tidak Berisi. Hanya ada peraturan tetapi tidak pernah diiktiraf sedikit pun oleh mahasiswa.

Kenapa perlu mengiktiraf AUKU? Sedangkan AUKU inilah yang menjadi punca kemalapan dan kegelapan kepada jiwa mahasiswa setelah sekian lama dan AUKU ini juga telah merencana peraturan yang menakut-nakutkan mahasiswa di kampus yang digunakan oleh pihak HEP.

Mahasiswa zaman ini tidak pernah takut dan gentar dengan cengkaman AUKU bahkan mahasiswa sanggup dan berani mempertahankan hak-hak mahasiswa yang secara jelas dihalang di dalam AUKU. Mahasiswa bukan budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan bahkan mahasiswa juga tidak akan lali dan lemah dengan akta ini.
 

Jangan Perbodohkan Mahasiswa

Mahasiswa seluruhnya mempelawa dan meminta pihak HEP di seluruh kampus agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan AUKU sebagai satu tindakan untuk menyekat dan menghalang pergerakan mahasiswa.

Mahasiswa meminta agar HEP profesional di dalam melaksanakan tanggungjawab dan adil kepada semua mahasiswa. HEP merupakan badan yang menjaga mahasiswa dan bukan penyebab kemunduran mahasiswa. Sewajarnya kebebasan mahasiswa diberikan seluas-luasnya dan pendapat mahasiswa digunapakai di dalam setiap perencanaan di dalam universti kerana mahasiswa adalam kelompok majoriti di dalam kampus.

Mahasiswa tegaskan di sini bahawa tidak akan ada mana-mana peraturan yang akan diiktiraf oleh mahasiswa bilamana peraturan itu tubuhnya untuk menyekat dan mengongkong mahasiswa tetapi beralasankan ingin menjaga disiplin dan perilaku mahasiswa. Mahasiswa akan menolak sekeras-kerasnya jika ada peraturan sebegini yang masih lagi digunapakai di dalam kampus.


RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SMM

Posted by SMM 29 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers