Berikutan kenyataan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dalam akhbar The Star bertarikh 20hb Mei 2010, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyambut baik hasrat dan pendirian yang diambil oleh beliau untuk sama-sama mempertahankan hak dan kebebasan mahasiswa yang telah dizalimi. SMM juga mengucapkan tahniah dan syabas atas keberanian beliau untuk menyatakan pendirian dan mengambil posisi yang jelas dalam ke sini.
Namun begitu, SMM masih berpendirian bahawa AUKU harus dimansuhkan bukan dipinda dengan penukaran perkataan. Tanpa berbuat demikian, negara ini tidak akan sekali-kali mampu untuk melahirkan mahasiswa yang berprinsip juga mempunyai pemikiran yang luas untuk menjadi seorang negarawan. Hal ini turut sama akan menggelapkan masa depan Negara apabila tidak mampu melahirkan pemimpin yang hebat di masa hadapan.
Justeru, SMM sekali lagi menyambut baik kenyataan dan pendirian Naib Presiden MCA dan Biro Pendidikan Belia MCA (gambar kanan) yang mengambil posisi yang jelas untuk mempertahankan empat orang mahasiswa yang akan didakwa di Mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2 dan 3 Jun 2010. SMM juga dengan ini menggesa semua pihak untuk turut menyatakan pendirian yang jelas dalam isu ini.
0 comments