Solidariti Mahasiswa Malaysia atau akronimnya (SMM) ditubuhkan bagi membawa hasrat serta idealisma mahasiswa ke lapangan masyarakat serta menjadi suara ketiga kepada pihak kerajaan dan mahupun pembangkang di Malaysia.

Gabungan SMM terdiri daripada beberapa gerakan mahasiswa iaitu : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Kesatuan Anak Muda Independen (KAMI) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA).

GAMIS

KARISMA
PKPIM
PRO-M
KAMI
DEMA
Kesemua gerakan mahasiswa ini mewakili pelbagai idealisma mahupun kaum di Malaysia. SMM bergerak sebagai sebuah gerakan pendesak kepada mana-mana pihak. Bermisikan intelektual, integriti, kepimpinan dan karisma menjadi check and balance atau watch dog kepada semua pihak. 

Antara aspek yang menjadi nilai teras perjuangan adalah ekonomi, politik, sosial, hubungan antara kaum dan agama, undang-undang serta pendidikan. Dan beberapa Prinsip asas Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ialah Independen (Bebas), Intelektual, Integriti, Responsif, Progresif.

Posted by SMM 07 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers