Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sebutan rayuan bagi kes ‘Rosmah Puaka’ yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.
Shazni Munir Mohd Ithnin (22), Muhammad Aizat Roslan (21), Muhammad Saufi Jelani (21), Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (21) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (21) sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme.
Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama.
Di peringkat mahasiswa kita(mahasiswa) masih menaruh harapan besar di atas Keadilan Mahkamah di dalam kes ini sepertimana Keadilan yang telah ditunjukkan setelah 5 mahasiswa ini dibebaskan 24 September lalu.
Kita akur dengan prosedur mahkamah yang mana pihak pendakwaraya boleh menfailkan rayuan terhadap kes ke mahkamah yang lebih tinggi tetapi keadilan yang sewajarnya kita harapkan di dalam kes ini.
Saya mempersoalkan adakah wujud tangan-tangan ghaib yang membuat rayuan ini semula sedangkan penghakiman yang telah dibuat oleh hakim Rozana jelas menunjukkan pendakwaraya gagal membuktikan tertuduh?
Saya bimbang jika ada pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mengenakan kelima-lima tertuduh ini. Saya yakin masyarakat dalam membuka mata dan melihat kes ini dengan memberikan keadilan terhadap mereka yang terlibat.
Walaupun begitu, seluruh mahasiswa akan bersama di dalam menuntut keadilan kepada 5 mahasiswa UM ini dan mahasiswa akan terus memperjuangkan isu ini sehingga nama mereka dibersihkan segera dalam semua pertuduhan ini.
Saya juga menggesa dan meminta seluruh mahasiswa bersama pada hari perbicaraan tersebut tanda sokongan dan keadilan kepada 5 mahasiswa UM ini.
MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
InsyaAllah bersama2 diJln Duta Mkah. tinggi KL, sokongan padu senentiasa diberikan , berani kerana benar, takut kerna salah,
perjuangan mesti diteruskan, siapa perosak negara...,???(Altantuya)...
atau siapa....?