Tiga pemimpin mahasiswa yang ditahan polis selepas berjaya menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang kepada Jabatan Perdana Menteri telah dibebaskan jam 6.15 petang ini dengan jaminan mulut sehingga 23 Disember jika ada perbicaraan.


Mereka ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Mereka ditahan polis selepas dihalang berkumpul di luar Masjid Putrajaya selepas selesai menyerahkan memorandum kepada wakil JPM, Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Pada awal lagi polis menghalang mereka daripada mengadakan perhimpunan dan melaungkan sebarang slogan sebaliknya hanya membenarkan tiga daripada kira-kira 100 yang hadir untuk masuk menyerahhkan memorandum.

Namun dalam perjalanan ke JPM, mereka sempat melaungkan slogan 'Student Power' dan Shukri menyatakan rasa kesal kerana pihak polis enggan membenarkan mereka menyamnpaikan maklumat kepada rakyat menggunakan pembesar suara.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Hassan ditemani Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM) Shazni Munir dan Ridzuan masuk menyrahkan memorandum.

Sementara menunggu Abdul Moin, Syazwan sempat bercakap kepada media mengenai memorandum tersebut.

Ianya mengandungi empat tuntutan antaranya mahu gaji Menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurangkan kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Gamis juga mahu subsidi barangan yang telah dipotong dikembalikan semulaserta menurunkan harga barangan asas  (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mereka juga mahu Menteri yang memberikan jaminan bahawa tiadanya kenaikan harga minyak tahun ini bertangggungjawab di atas jaminan yang dibuat itu selain mengkaji semula dasar berkaitan tenaga untuk menghasilkan satu dasar yang bersepadu memandangkan bahan bakar dan tenaga saling bergantung.

Dalam pertemuan kira-kira lima minit itu, Abdul Moin berkata beliau akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas selesai penyerahan itu, mereka meminta kebenaran untuk berkumpul namun tidak dibenarkan pihak polis termasuk polis berpakaian preman.

Difahamkan, Ridzuan ditahan ketika beliau meminta kebenaran untuk berucap diikuti Shukri yang cuba menghalang polis daripada menahan Ridzuan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya manakala Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10.

Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.
 

Posted by SMM 11 December 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers