KUALA LUMPUR,13 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyokong penuh pendirian Pro-Mahasiswa Malaysia (Pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) agar pilihanraya kampus diurus dan dikawal selia oleh mahasiswa sendiri.


Setiausahanya, Mohd Ridzuan Othman berkata, sudah tiba masanya untuk mahasiswa menguruskan sendiri pilihan raya mereka kerana banyak campur tangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sebelum ini menjejaskan demokrasi kampus.

"Mahasiswa telah mempunyai pengalaman pahit yang mencalarkan imej demokrasi kampus dengan campur tangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan peraturan-peraturan ‘nyanyuk’ dan tidak masuk akal.

"Tambahan lagi apabila dilaksanakan Sistem E-Voting yang lebih mengeruhkan ketelusan pilihanraya kampus," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru ujarnya, cadangan mahasiswa untuk menguruskan sendiri pilihan raya kampus harus diambil serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak pentadbiran universiti bagi membuktikan demokrasi kampus.

"Seluruh mahasiswa inginkan keadilan dan ketelusan di dalam pilihanraya kampus dan berikan peluang seluas-luasnya buat mahasiswa untuk memilih pemimpin merka tanpa ada campur tangan daripada pihak-pihak berkepentingan," katanya.

Tambahnya juga, kehadiran pemerhati luar seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga akan melicinkan proses pemurniaan demokrasi di kampus kerana pemerhati ini akan dipertanggungjawabkan untuk menilai samada pilihanraya tersebut telus atau sebaliknya bagi kepuasan calon-calon yang bertanding.

Semalam, Pro-M UPM menyerahkan memorandum timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menuntut supaya pentadbiran universiti memberi peluang kepada mahasiswa untuk menguruskan sendiri pilihan raya kampus.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya mahasiswa dibenarkan menjalankan pilihan raya berkenaan bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.

Pilihan raya kampus dijangka akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina, antara 17 hingga 25 Februari depan.

Sumber : Harakahdaily

Posted by SMM 14 January 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers