SHAH ALAM, 30 APRIL: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menganggap tindakan Universiti Malaya menghalang Setiausaha Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SAMM) Izzuddin Hilmi Mohd Zaini daripada menyertai Perhimpunan Pekerja 1 Mei esok sebagai bertentangan dengan perlembagaan negara.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia berhak untuk meraikannya memandangkan ia telah menajdi adat di negara ini kerana mereka adalah golongan yang bakal berdepan atau tergolong sebagai pekerja.

“Amat malang apabila sesebuah institusi pengajian tinggi meletakkan syarat-syarat tertentu yang dikeluarkan dengan tidak membenarkan pihak-pihak tertentu yang tidak membenar dan mengizinkandaripada meraikannya. Ini sebenarnya telah mengkhianati undang-undang perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Beliau menambah, sekiranya berlaku ia merupakan satu tindakan yang biadap dan menunjukkan negara tidak bertamadun dalam melaksanakan sistem demokrasi yang sepatutnya diamalkan.

“Saya melihat daripada sudut keseluruhannya umumnya kalau ini tindakan universiti kepada pelajar mereka sekiranya mereka menyertai hari buruh memberikan isyarat negara kita tidak bertamadun dan amat rendah moralnya di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan  Izzuddindiingatkan supaya tidak menyertai Himpunan Hari Pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu menerusi amaran  oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.

Abdullah menyatakan sekiranya perkara ini terjadi, beliau akan membawa perkara ini ke persidangan Parlimen akan datang dan meminta penjelasan daripada pihak menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini.
“Kalau ini berlaku saya insyaallah akan membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan dalam bentuk meminta penjelasan kepada menteri pendidikan kenapa jadi begini. Dan saya rasa ini satu tindakan untuk menyekat kebebasan pelajar untuk menyuarakan kepada apa yang mereka pelajari selama ini,” katanya.

Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.

Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.
-Sumber TV Selangor

Posted by SMM 01 May 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers