KUALA LUMPUR:  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mengelak untuk menjawab isu tuntutan Bersih 2.0, ketika persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 baru-baru ini.

Ketika ditanya mahasiswa, Najib berkata beliau tidak pernah menawarkan Stadium Merdeka kepada peserta himpunan Bersih 9 Julai lalu, sebalik hanya membenarkan Stadium Shah Alam digunakan.

“Isu lapan tuntutan yang lebih penting. Kemahuan mahasiswa adalah melihat negara demokrasi dan menjalani proses pilihanraya telusk, bukannya isu berhimpun di stadium yang dibangkitkan lagi,” kata Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin kepada Keadilandaily.

“Anak muda kini tahu aliran dan realiti sebenar dan (maklumat)  sudah banyak terdedah di media sosial, malah media alternatif semakin dijadikan panduan,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih ialah pembersihan daftar undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Keengganan kerajaan membenarkan perhimpunan anjuran gabungan itu diadakan di Stadium Merdeka, menyaksikan lebih 1,600 ditangkap dan ratusan lagi cedera, apabila polis bertindak ganas.
Sementara itu, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Iqbal Abdul Wahab pula berkata, jawapan yang diberikan Najib membuktikan sikapnya yang suka berdolak dalik.

Ini kerana katanya, umum mengetahui Najib membenarkan penggunaan sebuah stadium untuk perhimpunan itu diadakan tanpa merujuk kepada mana-mana stadium.
Beliau yang hadir dalam persidangan mahasiswa tersebut menyifatkan Najib sebagai tidak konsisten dengan ucapannya.

“Kami dengar, senyum dan takkan terima bulat-bulat,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Iqbal, beliau yakin mahasiswa kini tidak mudah percaya dan bijak menilai kebenaran. Ini kerana katanya, maklumat yang diterima dan apa  yang dibentangkan kepada mereka, akan dikaji terlebih dahulu.

Posted by SMM 02 August 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers