KUALA LUMPUR 9 Jun - Pakatan Rakyat menyokong penuh dasar dan usaha Solidariti Mahasiswa Malaysia untuk mempertahankan hak golongan mahasiswa untuk berpolitik dan bergiat secara aktif dalam masyarakat dan menentang kekangan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Prinsip itu terkandung dalam Deklarasi Belia dan Mahasiswa 2010 yang diserahkan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen hari ini sempena Hari Hak Asasi Mahasiswa semalam.
"Beberapa tahun lalu, hanya semasa seisi soal jawab, seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia dikenakan tindakan kerana menanyakan soalan yang dikategorikan oleh pihak universiti sebagai mengaibkan dan menjatuhkan nama universiti.
"Perkara yang membabitkan mahasiswa membantah Akta Univesiti dan Kolej Universiti sehingga terdapat juga mahasiswa yang dibuang, dan hal sebegini kita rangkumkan sebagai kes pelanggaran hak asasi mahasiswa dan hari ini kita mempunyai satu kesatuan, SMM yang terdiri daripada pelbagai persatuan mahasiswa yang bertujuan mempertahankan hak asasi mahasiswa seluruh negara.
"Pakatan Rakyat berdiri tegak atas prinsip hak dan keistimewaan setiap individu rakyat dan atas prinsip ini, saya mengalu-alukan kandungan deklarasi ini dengan senang hati, dan dari pandangan Pakatan Rakyat, kami akan menganggap deklarasi ini sebagai satu maklumbalas daripada golongan mahasiswa dalam memperbaiki lagi hal-hal yang berkaitan dengan prinsip dan hak asasi," kata Saifuddin ketika menerima deklarasi tersebut bersama rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain.
Presiden SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata keputusan menyerahkan deklarasi ini adalah dengan satu harapan agar wakil rakyat yang dipilih ke Parlimen akan dapat membawa suatu bentuk perubahan yang besar dari sudut ruang pendidikan dan ruang kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan.
"Deklarasi ini mengandungi empat teras penting yang merangkumi elemen sistem pendidikan, hak untuk berpolitik, kemasyarakatan dan juga satu elemen khas berkenaan Auku. Kita mahu supaya soal implementasi Auku ini dipertimbangkan semula samada ia relevan atau tidak dalam konteks masa kini.
"Memandangkan kes empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dituduh dibawah Auku dan juga kes tahun lalu di mana sembilan mahasiswa Universiti Malaya dikenakan tindakan kerana memanggil ahli politik, kami menganggap ini merupakan satu pelanggaran hak asasi mahasiswa yang serius.
"Justeru pada hari kita mengharapkan agar wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat untuk mengambil serius perkara ini," tegas Shazni lagi.

Posted by SMM 17 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers