ISA atau Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri) membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa bicara sedangkan sesiapa yang melakukan kesalahan, mereka patut didakwa dan dibicarakan di mahkamah terbuka. Tiada apa-apa agama yang meyokong penahanan tanpa bicara kerana ia menentang prinsip keadilan dan kesaksamaan sambil menjatuhkan maruah manusia.

Siapakah yang paling menderita apabila berlakunya penahanan ISA?

Selain daripada tahanan ISA, keluarga sering menderita dan risau. Mereka sering kehilangan kasih sayang, tempat bergantung dan punca pendapatan. Isteri tahanan terpaksa mencari sumber sara hidup untuk keluarga sambil menjaga anak-anaknya. Menurut beberapa laporan isteri-isteri tahanan ISA, mereka juga ditakut-takutkan dan diganggu secara mental dan seksual oleh Cawangan Khas (SB).
SEJARAH   ISA
ISA berasal daripada Undang-Undang Darurat 1948-1960. Darurat diisytiharkan tamat pada 30 Julai 1960 dan hanya selepas 24 jam, pada 1 Ogos 1960 ISA mula dikuatkuasakan. ISA adalah berdasarkan Peraturan 17 yang terkandung dalam Undang-Undang Darurat 1948-1960. ISA dulu diguna untuk menahan siapa yang disyaki terlibat dalam aktiviti komunis atau anti-kerajaan. Sejak 2000, tuduhan terhadap tahanan ISA termasuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti dagangan manusia, kes rompakan senjata Al Ma’unah, Reformasi, Gerakan Aceh Merdeka (GAM), pemilikan senjata, buatan wang palsu, pemalsuan dokumen, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah (JI), Hindraf dan Darul Islam. Sejak 1960, lebih daripada 10,700 orang pernah ditahan dibawah ISA. Para aktivis sosial dan politik di negera ini terus diancam dengan penahanan tanpa bicara di bawah ISA.

Apa yang berlaku di bawah ISA?

Seseorang itu akan ditahan untuk disoal-siasat polis Cawangan Khas atau Special Branch (SB), bagi satu tempoh sehingga 60 hari dan dikurung bersendirian. Menurut testimoni tahanan ISA, mereka dikenakan tekanan mental, manipulasi psikologi, layanan tidak berperikemanusiaan dan diseksa dengan kejam oleh polis SB. Selepas soal-siasat 60 hari, seseorang tahanan itu seterusnya boleh dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Perintah tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini boleh diperbaharui selama dua tahun lagi berkali-kali tanpa batas.

Tahan tanpa bicara

Tidak seorang pun yang didakwa dihadapkan ke mahkamah. Mereka ditahan selama 2 hingga 6 tahun dan lebih semata-mata di atas perintah tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya?

Kalau undang-undang Malaysia sudah cukup baik, kenapa tidak dibicarakan? Kenapa tidak dibuktikan segala kesalahan mereka yang ditahan? Setelah 50 tahun, ISA terbukti sangat zalim kerana hak mereka yang ditahan telah dicabul.  ISA membuka ruang kerakusan menangkap sesiapa sahaja yang tidak bersalah.

AYUH : KITA TURUN MEMBANTAH AKTA ZALIM INI SEMPENA 50 TAHUN KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT

TARIKH : 1 0G0S 2010  (AHAD)                                                                   MASA : 8 MALAM

TEMPAT : DATARAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA, PADANG TIMUR PJ (HADAPAN AMCORP MALL)

Posted by SMM 17 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers