Mahasiswa di negara ini diingatkan agar tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk kempen atau menyokong mana-mana parti politik sewaktu pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan tidak lama lagi. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) jelas menggariskan bahawa pelajar universiti dilarang terlibat atau menunjukkan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

Ini katanya bagi mengelakkan pelajar daripada dikenakan tindakan disiplin oleh pihak universiti mereka sendiri.
"Sebagaimana yang jelas dan tidak sepatutnya dikatakan, dibawah AUKU memang mereka sesekali tidak boleh terlibat dalam kepartian dan saya harap mereka faham soal ini sekaligus dapat mengelakkan diri daripada terlibat semasa kempen PRK Galas nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama disini hari ini.

AUKU tak bercanggah dengan perlembagaan

Khaled turut merujuk kepada situasi penolakan kes saman pemula empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berhadapan dengan dakwaan kesalahan tatatertib dibawah AUKU oleh mahkamah tinggi Selasa lalu.

Katanya, kes terbabit jelas menunjukkan bahawa AUKU tidak bercanggah dengan perlembagaan negara dan mahasiswa perlu mematuhinya.
"Kes membabitkan pelajar UKM itu adalah kerana meraka terlibat dalam kempen semasa PRK Hulu Selangor. Mereka ke mahkamah kerana mahu halang jawatankuasa disiplin UKM daripada mengadili mereka.

"Namun mahkamah tolak dan menyatakan Seksyen 15(a) AUKU tidak bercanggah dengan perlembagaan mengenai kebebasan hak bersuara.

"Jika begitu keputusan mahkamah maka ia masih terpakai di Galas nanti," katanya.

Autonomi untuk universiti

Sementara itu, beliau berkata pihaknya setakat ini tidak bercadang untuk melakukan pindaan bagi mana-mana peruntukan seksyen dalam AUKU di Parlimen.

Pindaan kali terakhir bagi AUKU dibuat pada tahun 2008.

Walaubagaimanapun, Khaled berkata pihaknya akan mula mengkaji untuk memberi kebebasan autonomi kepada universiti mulai tahun depan.
"Setakat ini tidak ada apa-apa niat untuk pinda AUKU. Kerajaan mulai tahun depan akan mengkaji untuk memberikan kebebasan autonomi kepada institusi pengajian tinggi atau sama ada mereka sudah bersedia untuk kuasa autonomi itu.

"Melalui kuasa tersebut segala keputusan melibatkan tanggungjawab dan kecemerlangan pelajar akan diputuskan oleh universiti dan bukannya sebagai badan agensi kerajaan," katanya.
 Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/10918-mahasiswa-diingat-tidak-terlibat-prk-galas

Posted by SMM 30 September 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers