Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (UTM ICKL) menyambut baik kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik.

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Pro-M UTM ICKL, saudara Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon menyeru kepada semua mahasiswa untuk menyambut kenyataan yang di buat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ini. 

“Keterbukaan ini bakal menjadikan mahasiswa lebih didedahkan dengan situasi politik yang sebenar dan mahasiswa juga boleh memikirkan serta melihat sendiri siapa yang benar dan siapa yang kianat.
Saya menyeru kepada semua mahasiswa, anak-anak muda supaya turun ke pilihan raya kecil Dun Galas untuk mendengar sendiri ceramah, memantau keadaan pilihan raya dan dalam masa yang sama kita semua bercakap tentang politik bagi menyatakan suara anak muda, suara mahasiswa, suara keramat .” ujar Mohd Yusof Hadhari dalam kenyataan beliau selepas perjumpaan semalam.

Menurutnya Menteri Pengajian Tinggi “Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan”.

Posted by SMM 05 October 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers