YS5SHAH ALAM 8 Okt - Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata kenyataan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian tersebut.

"Kenyataan Khaled jelas menimbulkan kekeliruan apabila berkata beliau tidak menghalang mahasiswa untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Ini menunjukkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik," kata Dr Yaakob dalam kenyataan medianya Rabu lalu.

Kata Dr Yaakob, garis panduan yang dicadangkan oleh pihak KPT dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang akan berlangsung 4 November depan.

"Ini amat jelas apabila Kabinet sendiri memutuskan menghalang pelajar terlibat dalam apa juga bentuk aktiviti politik. Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas," tegas Dr Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik.

Tambah beliau, kegiatan aktif mahasiswa dalam politik sepatutnya dapat menerapkan nilai murni dan mampu menjadikan mereka menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab.

Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah dipinda pada tahun 2009, namun pindaan dilihat berat sebelah kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti sekaligus menafikan hak mahasiswa membuat keputusan secara bebas berhubung aktiviti politik.

"Justeru, pihak kementerian didesak agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan," ujar Yaakob lagi.

Posted by SMM 08 October 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers