Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
 
Assalamualaikum w.b.t....

Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah bersamaan  17 November 2010 (Rabu) ini. Hari Raya Aidiladha amat sinonim dengan ibadah korban lembu atau kambing sebagai mengingati dan mengambil seruan untuk ibadah korban bagi mereka yang mampu dan daging korban tersebut diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang berhak menerima.
 
Sambutan Hari Raya Aidiladha ini perlu seluruh mahasiswa dan umat islam perhalusi dengan sikap dan pendirian dan menghayati konsep pengorbanan di sebalik sejarah Ibadah Korban ini.
 
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seluruh pertubuhan mahasiswa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Mahasiswa-mahasiswi dan Umat Islam. Moga-moga pengorbanan yang akan kita hayati dalam kita aplikasikan di dalam perjuangan mahasiswa.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!!!

 "SMM BERSAMA MAHASISWA"


Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Mohd Ridzuan Bin Othman
Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Ahmad Syazwan Bin Hassan
Presiden GAMIS

Abdullah Omar
Presiden KARISMA

Ryan Gan
Setiausaha DEMA

Shafie Bin Hashim
Pengerusi Pro-M Nasional
 
Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz
Presiden PKPIM

Hilman Bin Idham
Presiden KAMI

Posted by SMM 15 November 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers