Berita terkini yang dilaporkan bahawa YDP MPMUM sendiri telah membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan palsu yang dikeluarkan di malaysiakini dan menafikan sekeras-kerasnya artikel tersebut. Bahkan YDP MPMUM itu telah membidas sekeras-kerasnya di dalam Portal Pro-Student yang dipercayai blog Pro-Aspirasi (Gerak) : pro-student
"Malaysiakini sepatutnya siasat dahulu sumber artikel, bukan hanya siar untuk publisiti murahan. Ini telah memalukan MPMUM dan mahasiswa yang menuntut di sini" ulas beliau.Sambil menyatakan kekesalannya berhubung artikel tersebut yang sekaligus meruntuhkan nama baik MPMUM yang seringkali dilihat sebagai tonggak kepada mahasiswa UM dan Majlis Perwakilan Mahasiswa di kampus yang lain, kredibiliti MPMUM terus tercalar dan dalam blog tersebut juga menghentam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan UM-Today dengan beranggapan bahawa Persatuan dan portal tersebut mengeruhkan lagi keadaan terhadap isu tersebut.
Di mana kebenaran terhadap isu ini mahasiswa perlu nilai secara bersama dan melihat secara terperinci. Tidak salah jika YDP MPMUM ingin menyokong gagasan dan idea Kerajaan tetapi perlu dilihat dengan pelbagai ruang dan cabang termasuklah isu-isu sensitiviti Islam. Dan semua mahasiswa sedar dan tahu bahawa YDP MPMUM adalah seorang Mahasiswa Akademi Pengajian Islam yang berlatar-belakangkan pengajian islam. Mana mungkin kenyataan di dalam artikel tersebut dilakukan oleh seorang Mahasiswa yang mengambil jurusan pengajian islam..
0 comments