Kuala Lumpur, 19 Disember- Seorang mahasiswa Universiti Malaya, Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohamad Zaini menyatakan kebimbangan beliau melihat 'trend' mahasiswa yang seakan tidak bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Menurut beliau, 'trend' tersebut disedari memandangkan peratusan mahasiswa yang sudah mendaftar sebagai pemilih amat rendah.

Beliau sebagaimana berkata mahasiswa seakan ketinggalan dalam menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Keterlibatan pengundi dalam pilihanraya bukan hanya sewaktu hari membuang undi tetapi perlu bertanggungjawab mendaftar sebagai pemilih bagi melayakkan diri kita menunaikan tanggungjawab tersebut.

Beliau yang merupakan mahasiswa tahun akhir Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menyatakan sehingga kini mahasiswa yang telah mendaftar sebagai pengundi di kampus Universiti Malaya sendiri tidak melebihi 40 peratus.

"Dalam kehangatan kempen daftar pengundi diluar, mahasiswa di kampus masih tidak digerakkan kesedaran tersebut,"

"Apa yang kita gusar, anak muda yang bijak pandai ini bakal tertinggal di pentas demokrasi negara dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Kini ramai yang menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada suku pertama tahun hadapan. 

Jangkaan tersebut dikuatkan dengan beberapa 'petunjuk' seperti penundaan Himpunan Agung UMNO sehingga 18 bulan, kenaikan harga barang 4+1 yang dilaksanakan secara tergesa-gesa sebelum tahun 2011, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak dan beberapa faktor lain.

Jika jangkaan Pilihanraya Umum dilaksanakan pada bulan Mac tahun hadapan adalah tepat, maka hanya penama-penama yang telah mendaftar dalam senarai pendaftar pemilih sehingga bulan Disember sahaja yang layak membuang undi.

Merujuk peruntukan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas diiktiraf layak mengundi.

"Mahasiswa adalah sebahagian dari pengundi-pengundi saluran satu (anak muda). Mahasiswa sebahagian besarnya buat pertama kali berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab ini,"

"Selain individu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)mungkin boleh memainkan peranan ke arah melaksanakan usaha daftar mahasiswa-mahasiswa di kampus,"

"Mahasiswa juga perlu menggerakkan usaha ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), jawatankuasa-jawatankuasa kolej malah persatuan-persatuan pelajar boleh bertindak sebagai pemudahcara membantu rakan-rakan mahasiswa mendaftarkan diri sebagai pemilih," kata beliau sewaktu dihubungi.

Satu perkara lagi yang diberi perhatian oleh beliau adalah berkenaan pendaftar pemilih secara automatik.  Jika cadangan yang pernah dibentang di Dewan Rakyat diterima oleh kerajaan, setiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun layak mengundi secara automatik tanpa perlu melalui proses pendaftaran terlebih dahulu.

"Mahasiswa sangat bersetuju dengan cadangan tersebut. Walaupun setakat ini cadangan tersebut masih dibincangkan dan berkemungkinan besar tidak dapat dilaksanakan pada PRU-13, kita berharap agar cadangan tersebut akan dapat dilaksanakan pada pilihanraya seterusnya,"

Posted by SMM 10 December 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers