Berikutan kenaikan harga bahan api, petrol, diesel dan kenaikan harga gula, mahasiswa menganjurkan perhimpunan bagi memprotes kenaikan tersebut hari ini.
Perhimpunan yang dijangka dijalankan di Masjid Putrajaya itu melibatkan seluruh mahasiswa Malaysia, terutama penuntut di kampus Lembah Klang.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin ketika dihubungi berkata mahasiswa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib selepas solat Jumaat.
“Ini adalah tindakan daripada Jentera Bela Rakyat yang kita lancarkan, yang setakat ini cuba membawa isu-isu kebajikan rakyat.
“Saya seru kepada seluruh mahasiswa yang sensitif dan peduli supaya turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman hari ini.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.
Walaubagaimanapun, kerajaan beralasan kenaikan harga tersebut adalah disebabkan ‘rasionalisasi subsidi’ yang dijalankan di peringkat kerajaan. – Mahasiswakini
0 comments