Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini menyeru mahasiswa untuk memberi tumpuan terhadap isu-isu semasa di peringkat nasional.
Kenyataan tersebut dibuat ketika temuramah media berhubung isu sebutan semula kes ‘Rosmah Puaka’ yang melibatkan tiga mahasiswa Universiti Malaya termasuk beliau.
Dalam kenyataannya beliau menyebut bahawa di mahasiswa tidak perlu termakan dengan permainan politik pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.
“Kita (siswa) perlu tumpu isu nasional sekarang. Kita tumpu pilihanraya umum.
“Di peringkat mahasiswa, kita yakin boleh capai kemenangan kes ini untuk kali kedua.
“Kalau pihak pendakwaraya serius untuk melawan kita, kita juga bersungguh-sungguh melawan bagi memastikan nasib mahasiswa terbela.”
Sumber : Mahasiswakini
0 comments