UNISEL mendahului kampus-kampus yang lain menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) bagi sesi ini 2010/2011. Keghairahan untuk menantikan bermulanya Pilihanraya Kampus pada kali ini diubati dengan Kemenangan Tanpa Pertandingan di UNISEL dan ini sekaligus Pro-M Unisel menyapu bersih 12 kerusi Umum.
Penamaan calon harini diiringi dengan 'Perarakan Demokrasi Kampus' bagi mengiringi calon-calon yang bertanding. Seramai 100 mahasiswa yang hadir dan beberapa front Mahasiswa turut kelihatan bagi memberikan sokongan padu kepada calon-calon Pro-M Unisel. Turut kelihatan juga Pengerusi Pro-M Nasional yang baru, Sdr. Taufiq Abdul.

Walaupun begitu, Setakat jam tengahari tadi, seramai 14 calon umum dan 4 calon falkulti telah dikhabarkan bakal bertanding ketika penamaan calon sebentar tadi dan kesemua calon tersebut adalah daripada Pro-Mahasiswa Unisel. (lihat juga umtoday)

Ketika semester lepas, Unisel dipimpin juga oleh kepimpinan Pro-M Unisel dan dengan kemenangan tanpa pertandingan ini sekaligus memberikan mesej yang jelas bahawa masih tiada lagi Pro-Aspirasi di Unisel yang mampu menandingi Pro-M di Unisel tetapi beberapa calon individu dikatakan bakal menghangatkan 'Proses Demokrasi' di Unisel.

Presiden KAMI, Sdr Fikri juga menyatakan bahawa di UNISEL masih menggunakan E-Voting dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa dan penggunaan E-Voting ini masih lagi dikaji oleh mahasiswa dan tahun lepas mendapat bantahan yang hebat terutama di Universiti Malaya apabila pertama kalinya dilaksanakan sistem ini.

Pilihanraya Kampus kali ini akan menyaksikan pertembungan 'kawan tradisi' di antara Pro-M dan Pro-Aspirasi dan kehangatan PRK ini bakal tercetus apabila kampus-kampus lain juga akan menjalankan proses yang sama dan dikatakan berlangsung di kampus yang lain selepas Tahun Baru Cina nanti.

Posted by SMM 17 January 2011

1 Responses to Pro-M Unisel Menang Tanpa Bertanding??

  1. putrideeha Says:
  2. Tahniah dan takziah Pro-M UNISEL...

     

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers