Walaupun calon-calon Pro-M Unisel sudah berada dalam keadaan selesa namun, pilihanraya atau pengundian akan berlangsung seperti biasa isnin depan (24/1/2011). Pengundian tetap diadakan kerana bilangan kerusi yang dipertandingkan sebanyak 12 kerusi umum, namun begitu calon yang layak bertanding seramai 14 orang.
Manakala, beberapa kerusi fakulti menang tanpa bertanding. Bagi kerusi Pelajar International juga menang tanpa bertanding. Menurut sumber juga, fakulti selebihnya tiada sebarang pencalonan yang dihantar untuk merebut kerusi yang dipertandingkan.

Empat kerusi dipertandingan bagi kerusi universiti; terdiri daripada fakulti kejuruteraan, bioteknologi, pendidikan dan sains sosial dan teknologi maklumat.

Dengan keputusan penamaan calon hari ini, bermakna pihak Pro-M Unisel perlu menghadapi pilihanraya kampus  Unisel untuk merebut 12 kerusi umum yang dipertandingkan dan beberapa kerusi fakulti. 

Sementara itu, Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berharap momentum kemenangan Pro-M di Unisel dapat dibawa ke kampus lain.

“Permulaan kita sudah berjaya menang, jadi saya harap Pro-M di seluruh kampus lain dapat menjadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat.”

“Yang penting kita jangan berada dalam keadaan selesa lagi, perjuangan masih awal, banyak lagi yang perlu kita buat untuk terus mengubah landskap kepimpinan akan datang di semua kampus.”,

Posted by SMM 18 January 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers