Tarikh Pilihan Raya Kampus bagi warga kampus Universiti Putra Malaysia akan berlangsung pada 21 Februari 2011. Demikian mengikut satu notis yang dinaikkan semalam(sewaktu cuti pertengahan semester).


Sementara itu, penamaan calon pula akan dibuat pada 17 Februari 2011. Pada tahun ini Pilihan Raya Kampus dijangka akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kampus bagi IPT-IPT yang lain.

Beberapa perubahan yang drastik telah dibuat oleh pihak jawatankuasa yang menguruskan pilihan raya kampus. Antaranya:

1. Pengurangan bilangan kerusi umum daripada 16 kerusi kepada hanya 7 kerusi.

2. Penambahan 4 kerusi fakulti  iaitu di Sekolah Pengajian Siswazah dan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan,

3. Setiap calon perlu diwakili oleh calon itu sendiri, pencadang dan penyokong pencadang.

4. Tempoh berkempen selama 3 hari

Perkara ini dilaporkan di dalam laman rasmi Promahasiswaupm sepertimana notis yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. UPM merupakan universiti kedua setelah UNISEL yang telah menjalankan Pilihanraya Kampus.

Dijangkakan bahawa semua kampus Universiti akan menghadapi 'Perayaan Demokrasi Kampus' di dalam bulan februari ini tetapi masih dalam perintah menunggu notis-notis daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) masing-masing.

UPM juga adalah antara universiti yang menjalankan sistem e-voting di dalam proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan tahun lepas menunjukkan satu kejutan yang hebat apabila pihak Jawatankuasa Pemilihan MPM UPM telah menggugurkan calon pro-mahasiswa UPM di kerusi umum yang telah menang kerana didakwa menggunakan laman sosial Facebook  untuk berkempen!!


Posted by SMM 05 February 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers