Notis Pengumuman Pilihanraya MPP 2010/2011 UIAM telah dikeluarkan dan tarikh pilihanraya kampus (PRK) jatuh pada 22 Februari 2011 iaitu hari Selasa. Notis yang dikeluarkan pada 27 Januari yang lepas telah ditampal di seluruh kuliyyah.

Manakala hari penamaan calon pula akan dibuat pada 16 Februari 2011. Pengumuman ini membuatkan UIA adalah universiti ke-3 yang bakal mengadakan Pilihanraya Kampus pada sesi kali ini setelah UNISEL dan UPM dan dijangkakan itu, UKM dan UM. Universiti-universiti lain masih menunggu notis daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus masing-masing.


Beberapa perubahan telah dilakukan dalam PRK UIAM kali ini antaranya termasuklah penambahan jumlah kerusi konstituensi yang akan dipertandingkan dari 29 ke 31. Dua kerusi baru yang akan dipertandingkan adalah di konstituensi Institute of Education (Insted). 

UIA dikuasai oleh kumpulan Pro-Mahasiswa dan kumpulan Aspirasi masih lahi gagal menawan UIA setelah beberapa tahun kumpulan Pro-Mahasiswa mengambilalih tampuk pemerintahan. PRK UIA bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara 2 kumpulan ini dan ini menyebabkan Pro-Mahasiswa akan bersedia untuk mempertahankan kemenangan mereka di UIA.

"Perayaan Demokrasi Kampus"

Posted by SMM 06 February 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers