Universiti Malaya, 25 April- “Saya berasa sangat gembira dengan kuputusan ini. Akhirnya kebenaran menyebelahi pihak kami”.

Begitu reaksi pertama yang dinyatakan oleh Tan Tiong Yih, iaitu salah seorang dari pelajar  yang telah dijatuhkan hukuman gantung selama satu semester dan didenda RM200 apabila hukuman tersebut telah ditarik semula oleh pihak Jawatankuasa Rayuan UM hari ini.

Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee, dua orang mahasiswa tahun kedua masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera sebelum ini telah dituduh memalsukan dokumen cuti sakit sebagai alasan tidak dapat menghadiri bengkel calon pada pilihanraya kampus UM bulan Februari lalu.

Ketika dihubungi, Tiong menyatakan bahawa mereka berdua telah dipanggil oleh pihak Jawatankuasa Rayuan UM pada jam 9.30 pagi ini bagi memperdengarkan keputusan rayuan yang tertangguh selama sebulan.

Beliau sebagaimana berkata dalam tempoh rayuan tersebut, beliau telah menyerahkan beberapa lagi surat cuti sakit antaranya yang telah beliau peroleh dari sebuah hospital di Ipoh sebagai menyokong keterangan beliau.

“Simptom-simptom alergi yang saya alami masih lagi tidak susut walaupun telah melebihi sebulan. Kerana itu saya terpaksa pergi ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan. Dari situ saya memperoleh surat cuti sakit dan saya telah serahkan kepada pihak UM (Jawatankuasa Rayuan) untuk dipertimbangkan.”ujarnya.

Tiong mengakui bahawa beliau melalui tempoh yang sukar selama sebulan akibat tindakan pihak UM yang menjatuhkan keputusan ‘bersalah’ ke atasnya sebelum ini tanpa memberi peluang kepadanya untuk membela diri. Selama sebulan beliau dan rakannya dihalang dari hadir ke kuliah serta menduduki peperiksaan akhir semester.

“Hampir juga kami merasa kecewa. Kami terpaksa disoal siasat oleh pihak polis selama hampir sejam kerana kes kami telah dirujuk oleh pihak tertentu kepada polis. Mereka meminta pihak polis menyiasat kes kami atas kesalahan memalsukan dokumen.” kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau.

“Namun apa yang penting, keputusan hari ini membuktikan kami tidak bersalah dan nama kami telah dibersihkan. Keputusan hari ini juga membolehkan saya kekal dalam kabinet MPMUM dan melaksanakan apa yang telah saya janjikan kepada mahasiswa.” Kata Tiong.

Yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, pihaknya berpuas hati setelah pihak universiti menarik balik tuduhan tersebut.

"Saya merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh seluruh mahasiswa yang menuntut keadilan sepanjang kedua-dua rakan kita itu dituduh sehinggalah dibebaskan hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MPMUM juga, tambahnya, akan berusaha membantu mendapatkan slip peperiksaan kedua-duanya bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan akhir semester seperti biasa.

"Pihak MPMUM akan bertindak segera membantu mereka mendapatkan slip peperiksaan supaya mereka boleh menjalani peperiksaan," katanya lagi.

Syahid juga berkata, memandangkan Tiong merupakan salah seorang ahli jawatankuasa MPMUM sebelum ini, maka namanya akan diserapkan kembali dalam organisasi MPMUM.

Beliau selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) turut menyuarakan rasa gembira dengan keputusan itu dan berkata ianya membuktikan kedua-dua mahasiswa tersebut tidak bersalah.

"Keputusan ini di luar jangkaan kami dan saya amat gembira dengan keputusan ini dan sekali gus membuktikan bahawa mereka tidak bersalah," tambahnya.

Sebelum ini, Pro-Mahasiswa UM (Pro-M UM) yang memenangi Pilihanraya Kampus lalu, mendesak pihak pentadbiran universiti
 
menarik semula hukuman tatatertib ke atas kedua-duanya.

Mereka turut mempertikai prosedur mahkamah universiti yang dilaksanakan terhadap kedua-duanya apabila mereka tidak boleh membawa sesiapa kecuali diwakili pekerja atau pelajar sedangkan mereka mempunyai saksi yang boleh membantu dalam sesi pembelaan.










Posted by SMM 25 April 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers