KUALA LUMPUR: Kira-kira 34 peratus atau bersamaan hampir 1.3 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan, kata jurucakap jawatankuasa 1 Mei, S Arutchelvam.

Bahkan katanya, ada di antara pekerja terutama di sektor perladangan dan perkilangan yang mendapat gaji permulaan pada paras RM 450 sebulan, lebih rendah dari pendapatan di bawah kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

“Dalam masa yang sama, harga keperluan asasi meningkat mendadak. Ini adalah reailiti kehidupan di Malaysia. Justeru tuntutan kami adalah kerajaan segera melaksanakan Akta Gaji Minima,” kata Arul dalam sidang media sempena pengumuman perarakan untuk sambutan 1 Mei di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Arul menjelaskan, tekanan oleh Persatuan-persatuan Majikan terhadap kaum pekerja sering kali menggagalkan tuntutan agar Akta Gaji Minimum diluluskan di Parlimen.
 
“Kroni di didahulukan, untung diutamakan. Dasar kerajaan sering kali memihak kepada syarikat-syarikat besar. Sekarang, mereka boleh mengugut kerajaan, iaitu sama ada untuk menyebelahi pekerja, atau pun pengilang menarik keluar pelaburan,” ujarnya.

Justeru, Arul berkata, penyelesaian bagi Gaji Minima di Malaysia boleh dimulakan dengan memperkenalkan gaji minima kepada sektor tertentu terlebih dahulu seperti industri perkilangan.

“Tuntutan kita ialah kadar gaji minima adalah mengikut kadar beban kehidupan di Malaysia,  sekurang-kurangnya RM 900. Ia tidak boleh kekal kerana setiap kali adanya kenaikan barangan, seharusnya begitu juga dengan kenaikan gaji,” kata Arul.

Terdahulu sebelum itu beliau memaklumkan, Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi,”

Peserta dijangka berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

Dijangkakan sekurang-kurangnya 500 peserta yang terdiri dari pekerja, mahasiswa dan aktivis masyarakat akan menyertai perarakan tersebut.

Ketika ditanya mengenai kebenaran perarakan oleh polis, Arul menjelaskan beliau akan memaklumkan melalui notis pemberitahuan.

“Kami akan maklumkan kepada pihak polis. Saya tidak fikir mereka akan halang, kerana pada 26 Mac yang lalu satu perarakan Solidariti Kaum Wanita telah diadakan di Pasar Seni. Sebelum ini kita telah anjurkan acara yang serupa dan tiada sebarang gangguan.

Menurut Mohamad Izzuddin Hilmi, selaku Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, isu kenaikan harga barang kini lebih menekan rakyat sedangkan gaji pekerja yang ada di negara kita sebenarnya masih tidak mampu menanggung kos hidup akibat kenaikan harga tersebut..

“Menurut kajian, 2.6% peratus kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia termasuk negara-negara miskin. Juga dicatatkan penurunan kuasa beli pengguna sehingga 4% berbanding nisbah gaji dan inflasi antara 1990 dan 2009.”

“Mengejutkan apabila seramai 40% rakyat Malaysia kini berada dalam lingkungan isi rumah berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.”

Izzuddin menjelaskan keterlibatan mahasiswa dalam menyokong diwujudkan akta gaji minima kerana mahasiswa juga bakal menjadi pekerja suatu hari nanti. Malah kini mahasiswa walaupun belum bekerja turut merasa kenaikan harga barang yang berlaku amat-amat menekan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas dan wakil dari Suaram, Andika Abd Wahab


`

Posted by SMM 25 April 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers