Petaling Jaya, 8 Ogos - Dato' Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap usaha penganjuran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Beliau yang menghubungi pihak SMM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari ini menyatakan sokongan padunya terhadap program SMM ini. Antara mesej yang disampaikan oleh beliau melalui 'sms' tersebut ialah " Salam. Saya baru membaca blog SMM tentang kempen 'Jom Baca Media Alternatif". Syabas ! Sampaikan salam hormat sy kpd Pak Samad & rakan2. Kebetulannya kolum sy di sinar harian esok brtajuk 'media baru gelanggang aktivisme baru'. Kandungannya ialah : kalau media konvensional + media arus perdana tak guna media baru + baiki kandungannya, maka media baru akan menggantikannya sbg media arus perdana yg baru. Salam perjuangan." 


Beliau turut menyatakan sokongannya melalui jaringan sosial 'facebook' di mana beliau juga mengucapkan tahniah kepada SMM di atas penganjuran program yang dilihat mampu mewakili suara anak muda di negara ini.




Semalam, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan majlis pelancaran Kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dan kempen tersebut telah dirasmikan oleh Sasterawan Negara; Dato' A. Samad Said ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Pak Samad telah menghadiahkan sebuah puisi yang bertajuk 'Kepada Cendekia Solidar' kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seluruh anak muda Malaysia.

Sebelum majlis pelancaran Kempen 'Jom Baca Media Alternatif' itu dijalankan, SMM turut mengadakan siri wacana Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang bertajuk "Lynas : Jangan Nak Untung, Rakyat Tergadai". Di dalam siri wacana tersebut, tiga orang ahli panel yang terdiri daripada wakil NGO Save Malaysia, Aktivis Bukit Merah & Pengerusi SMM sendiri telah menyentuh mengenai kerisauan masyarakat Gebeng, Kuantan terhadap risiko-risiko besar yang bakal dihadapi oleh rakyat apabila kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) Lynas tersebut beroperasi kelak.

Program anjuran SMM semalam turut menarik minat hampir 100 orang yang terdiri daripada mahasiswa daripada sekitar Lembah Klang, NGO & rakan-rakan media.

Posted by SMM 08 August 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers