KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH)  pada Ahad 7 Ogos ini, bermula jam 2 petang.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu menjurus ke arah untuk Menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat Malaysia.

Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka  kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang  kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Sehubungan  itu, SMM akan menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad Shukri, peserta  berkenaan akan memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota.

Pelancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ diadakan pada hari berikutnya selepas siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas.
Ketika dihubungi, Ahmad Shukri memberitahu Keadilandaily, penghormatan diberikan kepada Sasterawan Negara, Datuk A Samad yang menjadi ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu.

SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).

Sumber : http://www.keadilandaily.com/mahasiswa-lancar-kempen-jom-baca-media-alternatif/

Posted by SMM 02 August 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers