SHAH ALAM 2 OGOS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil pendekatan holistik menganjurkan kempen "Jom Baca Media Alternatif' bagi mengimbangi berita media arus perdana sekaligus menjadikan media tersebut sebagai akses utama maklumat rakyat.

Sekreteriat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata langkah ini diambil bagi mendedahkan kepada rakyat kepentingan mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.

"Satu kita hendak jadikan media alternatif di Malaysia ini sebagai sumber maklumat yang pertama kepada rakyat dan itu yang pertama dan yang kedua kita juga hendak mendedahkan kepada rakyat supaya rakyat boleh lihat realiti Malaysia sekarang,"katanya kepada Tv Selangor.

Shukri berkata kempen tersebut bertemakan 'Baca & Banding' akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada jam 2.00 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur Ahad ini.

Dalam perkembangan yang sama, Shukri berkata rakyat sekarang perlu didedahkan kepada dimensi yang berbeza dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang secukupnya.

"Realiti politik, realiti keadaan Malaysia sekarang dari segi perspektif yang berbeza dan dimensi yang berbeza sebab rakyat sudah banyak melihat daripada media arus perdana, pada TV1. TV3 dan sebagainya, tetapi tidak ramai yang membaca dimensi daripada media alternatif, jadi kita hendak dedahkan perkara ini kepada rakyat,"tambah beliau lagi.

Beliau berkata program tersebut akan diadakan selama dua hari bermula Sabtu 6 Ogos, jam 3.00 petang dengan program pertamanya 'Flash Mob' di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari tersebut, pengedaran risalah serta buah tangan akan diberikan kepada warga kota.

Selain itu, peserta khas kempen berkenaan akan memakai baju yang tertera alamat laman sesawang media alternatif.

Sementara itu , akan diadakan juga wacana berjudul 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas yang turut menjadi isu utama yang diperjuangkan oleh SMM dan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

Untuk makluman lanjut berhubung kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Ahmad Shukri di talian 019-3851902.

Posted by SMM 02 August 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers