Dewan Tertinggi BN membuat keputusan bersejarah dengan meminda perlembagaannya bagi membolehkan sesiapa juga termasuk NGO mengemukakan permohonan terus untuk menjadi ahli BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen, berkuat kuasa serta-merta
Tahniah diucapkan kerana pindaan perlembagaan ini merupakan suatu inovasi dalam demokrasi dengan membuka peluang kepada ahli bersekutu menyertai BN.
Reaksi kepada ini, GAMIS merasakan ada suatu agenda tersembunyi disebalik pengumuman tersebut. Asasnya ialah pelawaan kepada NGO untuk menyertai kandang parti politik adalah suatu yang bertentangan dengan fitrah penubuhan sebuah NGO. Sediamaklum bahawa fungsi NGO adalah menjadi kelompok semak imbang kepada mana-mana parti dan juga menjadi kumpulan pendesak ( pressure group ) yang mewakili kelompok masyarakat sivil.
Sekiranya NGO diherat sama bermain dalam perlawanan parti politik, ia menajadikan suatu yang tidak sihat dalam perkembangan demokrasi negara. NGO tidak boleh dirantai dengan perjuangan parti politik kerana ia akan menyempitkan lagi perjuangan sesebuah badan tersebut.
Mahasiswa berpandangan bahawa tidak perlu untuk NGO menyertai parti komponen BN, tetapi lebih signifikan kalau dilibatkan NGO dalam komponen pentadbiran kerajaan supaya pembuatan keputusan juga ada suara dari NGo yang boleh diketengahkan.
GAMIS khususnya yang mewakili suara mahasiswa Islam dalam Negara tidak akan sama sekali terjebak dengan kancah permainan parti politik tetapi akan sentiasa memantau padang permainan demokrasi yang ada. GAMIS akan terus berfungsi sebagai third force dalam masyarakat sivil mahupun kerajaan bagi memastikan matlamat yang GAMIS ingin capai iaitu melihat wujudnya masyarakat madani yang berintegriti pada suatu masa akan datang.
Merakyatkan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa
Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan
Presiden GAMIS
0 comments