Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melihat bahawa usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dalam mewujudkan keahlian terus bagi mana-mana individu atau NGO yang ingin bergabung dengan BN adalah merupakan satu bentuk pendekatan baru bagi memenangi hati masyarakat bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Kita percaya bahawa pendekatan ini juga adalah salah satu hasil dari usaha mentransformasikan UMNO yang dicanangkan sebelum ini.

Sehingga kini Solidariti Mahasiswa Malaysia sebagai badan bukan kerajaan yang mewakili entiti mahasiswa tidak berhasrat untuk menyertai gabungan tersebut.

Malah setakat ini SMM berdiri selesa sebagai 'NGO mahasiswa' yang sentiasa menjadi check & Balance kepada mana parti politik dalam memacu negara ke arah yang lebih baik.

Walaupun Barisan Nasional cuba menampakkan dasar pintu terbuka dengan memberikan peluang mana-mana individu menyertai BN secara keahlian terus malah cuba menarik minat golongan remaja bersama-sama BN dengan penubuhan Kelab Rakan Muda BN yang menyasarkan kolompok muda berumur 18 hingga 21 tahun, namun kita masih meragui keterbukaan tersebut.

Jika benar kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional serius dalam isu ini, seharusnya kerajaan menerima desakan pemansuhan Akta Universiti & Kolej Universiti yang telah lama diperjuangkan oleh mahasiswa bagi membolehkan mahasiswa menyertai politik secara bebas dalam negara demokrasi ini.

Selagi AUKU yang  melingkari dan mengekang kebebasan mahasiswa untuk bergiat dalam politik masih tidak dimansuhkan, bagaimana BN mampu menonjolkan keterbukaan mereka menerima dan mengiktiraf mahasiswa?.

Posted by SMM 25 November 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers