KUALA LUMPUR, 18 Jan: Majoriti mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) bersetuju terhadap cadangan Pro-M UPM agar pilihan raya kampus diuruskan sendiri oleh mahasiswa.

Menurut Pengarah Strategik Pro-M UPM, Muhammad Azril Alias, berdasarkan kepada 724 orang respondan yang ditemubual, sebanyak 94.61% ataupun 685 orang responden bersetuju dengan cadangan ini.

Manakala, sebanyak 5.39% iaitu 39 orang responden menolak kerana tidak yakin mahasiswa berkemampuan untuk menguruskan pilihan raya kampus.

"Kebanyakkan respondan yang bersetuju dengan cadanagn tersebut menganggap sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberi kebebasan menguruskan pemilihan wakil mereka," kata Azril dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain itu katanya, mereka turut mempertikai pengurusan pilihan raya kampus yang dikatakan tidak telus serta pelbagai peraturan kempen yang tidak munasabah diperkenalkan.

Rabu lepas, pengerusi Pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim menghantar memorandum  kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP), Prof Dr Fauzi Ramlan bagi menuntut pihak pengurusan universiti membenarkan pilihan raya kampus diuruskan oleh mahasiswa.

Sementara itu, Syed Syafiq yang dihubungi hari ini berkata, pihaknya sebelum ini memberikan tempoh seminggu kepada pihak universiti untuk menimbang cadangan itu

"Kita bagi tempoh seminggu kepada TNC HEP maksudnya sampai esoklah. kalau tidak ada apa-apa jawapan daripada beliau, kita akan mengatur pertemuan berikutnya dengan beliau," katanya.

Menurutnya, pilihan raya kampus UPM akan berlangsung pada minggu ketiga Februari depan.

Bagaimanapun, tarikhnya belum ditetapkan pihak universiti.

Ditanya calon yang akan diletakkan oleh Pro-M, beliau berkata, perkara itu sudah selesai dan menunggu hari penamaan calon.

"Kita sudah selesai memilih calon yang disenarai pendek, cuma menunggu hari penamaan calon nanti untuk diumumkan," katanya.

Sumber : Harakahdaily

Posted by SMM 18 January 2011

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

'Kepada Cendekia Solidar' - Sajak A Samad Said Khas Buat SMM

Mahasiswa Bangkit !!!

Lagu Perjuangan

Perjuangan Mahasiswa

Program Mahasiswa

Program Mahasiswa

Twitter SMM

Suara Anda



Kolumnis

Followers