PUTRAJAYA, 20 Sept: Pro Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional) menuntut kerajaan BN memberi jaminan penubuhan undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengutamakan hak asasi rakyat.
Menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA sebagai tindakan populis bagi menyelamatkan kedudukan parti pemerintah, Pro M Nasional menempelak sikap ego Najib yang enggan mengaku pemansuhan...
KUALA LUMPUR, 11 Sept: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai dan mengotakan janji untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) hari ini melancarkan Tabung Mahasiswa Untuk Somalia bagi membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran akibat musim kemarau berpanjangan.
Menurut Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Anang @ Talib, bantuan tersebut perlu disegerakan kerana kes kematian rakyat Somalia khususnya kanak-kanak berlaku selain memerlukan keperluan-keperluan lain termasuk bekalan air bersih, rawatan kesihatan dan tempat tinggal...
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri."Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu."Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."Berucap ketika merasmikan kempen "Jom...

Petaling Jaya, 8 Ogos - Dato' Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap usaha penganjuran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Beliau yang menghubungi pihak SMM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari ini menyatakan sokongan padunya terhadap program SMM ini. Antara mesej yang disampaikan oleh beliau...
Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka.
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya,
Dengan media gergasi pertajam taring dustanya.
Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja,
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.
Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah...
"Sudah tiba waktunya kita adakan regim change. Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun. Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu."
Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said (gambar kiri) kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala...
KUALA LUMPUR 7 OGOS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) bermula jam 2 petang tadi.
Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini.
Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat...

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mengelak untuk menjawab isu tuntutan Bersih 2.0, ketika persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 baru-baru ini.
Ketika ditanya mahasiswa, Najib berkata beliau tidak pernah menawarkan Stadium Merdeka kepada peserta himpunan Bersih 9 Julai lalu, sebalik hanya membenarkan Stadium Shah Alam digunakan.
“Isu lapan tuntutan...

SHAH ALAM 2 OGOS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil pendekatan holistik menganjurkan kempen "Jom Baca Media Alternatif' bagi mengimbangi berita media arus perdana sekaligus menjadikan media tersebut sebagai akses utama maklumat rakyat.
Sekreteriat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata langkah ini diambil bagi mendedahkan kepada rakyat kepentingan mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja....
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) pada Ahad 7 Ogos ini, bermula jam 2 petang.
Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu menjurus ke arah untuk Menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat Malaysia.
Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan...

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini.
Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.
“Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan...

PETALING JAYA: Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’, anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Ahad ini bertujuan menjadikan media alternatif sebagai akses utama maklumat rakyat di negara ini.
Selain memberi pendedahan, memberi persepsi terbuka dan mendidik rakyat mengutamakan kesahihan berita, kempen yang bertemakan “Baca dan Banding” ini turut memberi peluang...

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa akan mengadakan kempen diberi nama 'Jom Baca Media Alternatif'.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, mereka memberitahu usaha itu dibuat bagi menyeru rakyat menjadikan media alternatif di seluruh Malaysia sebagai sumber media yang kukuh dan dekat di hati rakyat.
Dengan tema "baca dan banding", kempen itu...

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghentikan segera projek pembinaan loji Lynas di Gebeng.
SMM yang menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) khusus untuk membawa isu ini menuntut kerajaan agar mempamerkan keseriusan dalam isu Lynas dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding ekonomi dan teknologi.
Pengerusi GMSR,...

16 Jun, Kuala Lumpur- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bakal menganjurkan 'Himpunan Mahasiswa Selangor & Pelancaran Bakti Siswa Perdana Negeri Selangor 2011' pada hari Ahad, 19 Jun 2011.
Program tersebut yang merupakan usahasama antara PKPIM dengan kerjasama Yayasan Selangor (YS) dan Kolej Dar Al-Hikmah akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan Konvensyen Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.
Menariknya...

KENYATAAN MEDIASOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
PAS PERLU TEGAS DALAM ISU INSANIAH.
KUIN PERLU MINTA MAAF.
Setelah hampir dua minggu rayuan dikemukakan, 5 orang mahasiswa KUIN yang dikenakan tatatertib belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak pentadbiran KUIN. Hal ini adalah amat tidak beretika kerana pihak Pentadbiran hanya mengambil masa satu hari untuk menjatuhkan hukuman tetapi telah mengambil masa yang lama untuk...
DEKLARASI HARI HAK ASASI MAHASISWA/I1. Mansuhkan AUKU2. Perlaksaan Pilihan Raya Umum yang Bersih dan Adil3. Mengguling kuasa hegemoni yang zalim, dan merealisasikan pemerintahan sistem parti bersaling ganti<Pendahuluan>Pada hari 8 Jun 2001, seramai 200 orang mahasiswa berkumpul di Masjid Negara mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA dan menyeru pelepasan tahanan ISA tanpa bersyarat. Pihak polis menggunakan kekerasan...

8 Jun, Kuala Lumpur: Sekumpulan Mahasiswa hadir ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menyerahkan 'Deklasari Hak Asasi Mahasiswa' bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa SeMalaysia hari ini.
Tarikh 8 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa semenjak tahun 2001 bersempena penahanan 7 orang mahasiswa oleh pihak polis pada tarikh berkenaan yang terlibat dengan perhimpunan aman di Masjid Negara bagi mendesak...
SHAH ALAM, 30 APRIL: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menganggap tindakan Universiti Malaya menghalang Setiausaha Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SAMM) Izzuddin Hilmi Mohd Zaini daripada menyertai Perhimpunan Pekerja 1 Mei esok sebagai bertentangan dengan perlembagaan negara.
Beliau berkata, semua rakyat Malaysia berhak untuk meraikannya memandangkan ia telah menajdi adat di negara ini kerana mereka adalah golongan yang bakal...
SHAH ALAM, 30 APRIL: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Universiti Malaya mengugut untuk menyingkir mana-mana pelajar yang menyertai Himpunan Pekerja esok. Timbalan Naib Cancelor Datuk Rohana Yusof memberi amaran itu kepada Setiausaha SMM, Izzuddin Hilmi Zaini sekiranya beliau menyertai pada Himpunan Pekerja 1Mei esok.
Pengerusi SMM, Ahmad Syukry Abd Razab berpendapat, agenda 1 Mei Hari Pekerja tidak sepatutnya dilihat...
Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” katanya...